Seperti yang kita sedia maklum, setiap seorang dari kita mempunyai bau yang tersendiri. Walaupun bau badan manusia adalah salah satu ciri penting bagi seseorang individu, tetapi kadang-kala bau badan juga boleh menjengkelkan kita.

Kredit: thriftyfun.com

Oleh sebab itu, kita cenderung untuk mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan produk-produk yang boleh didapati di pasar raya untuk mengawal dan mengatasi masalah bau badan. Antaranya adalah produk antipeluh (antiperspirant) dan deodoran.

Namun, kami yakin bahawa anda pernah mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa produk-produk ini merupakan punca bagi beberapa penyakit serius seperti kanser payudara, bukan?

Dengan berpandukan artikel yang diterbitkan oleh laman Hello Doktor, mari ketahui tentang hal ini dengan lebih lanjut.

Kredit: shutterstock.com

Apa yang dimaksudkan dengan produk antipeluh dan deodoran?

Produk antipeluh merujuk kepada produk kebersihan peribadi yang mengandungi agen kimia untuk mengurangkan peluh dengan berkesan. Produk ini boleh ditemui dalam pelbagai jenis bentuk seperti semburan, krim, roll-on atau jenis stik.

Apabila produk ini digunakan pada permukaan kulit, ramuan aktif antipeluh akan menghalang peluh daripada mencapai permukaan kulit. Seterusnya, ramuan aktif ini akan mengurangkan bakteria yang akan menyebabkan bau badan.

 

Kredit: vashtie.com

Bagi daedoran pula, produk ini tidak jauh bezanya dengan produk antipeluh. Daedoran turut digunakan sebagai produk kebersihan peribadi untuk tujuan yang sama.

Dengan wangian yang merupakan bahan antipeluh, deodoran mengandungi bahan-bahan yang membantu menyembunyikan bau badan yang dihasilkan oleh bakteria bau. Walau bagaimanapun, produk ini tidak dapat mencegah peluh di permukaan kulit. Inilah bezanya antara kedua jenis produk ini.

Kedua jenis produk ini lazimnya digunakan di permukaan kulit yang menghasilkan bau yang kurang menyenangkan seperti bahagian ketiak. Tetapi, perlu diingat bahawa produk ini cenderung untuk hilang apabila dibasuh selepas mandi. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memakai semula produk antipeluh atau deodorant selepas berada dalam mod aktiviti yang tinggi.

Persoalannya, adakah benar penggunaan produk antipeluh menyebabkan kanser payudara?

Baru-baru ini, beberapa teori telah mengaitkan penggunaan produk antipeluh dengan beberapa penyakit maut termasuklah kanser payudara. Teori-teori ini lazimnya berdasarkan pada fakta bahawa kebanyakan kanser payudara akan berkembang di kawasan bawah ketiak. Dan produk antipeluh pula kebanyakannya digunakan di bahagian ketiak. Oleh sebab itulah munculnya dakwaan yang mengatakan bahawa dua perkara ini berkait rapat antara satu sama lain.

Kredit: Everyday Health

Di samping itu, dakwaan ini turut menyatakan bahawa bahan-bahan aktif yang terdapat dalam rumusan produk antipeluh turut melibatkan bahan seperti metallic salts aluminum chloride dan aluminum chloral hydrate. Apabila bahan kimia ini menyerap ke dalam kulit, bahan ini boleh berinteraksi dengan gen manusia dan akhirnya akan menimbulkan ancaman kanser dalam sel badan manusia. Bahan kimia ini juga boleh mengganggu proses fungsi hormon wanita iaitu hormon estrogen yang akhirnya akan meningkatkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara.

Walau bagaimanapun, seorang pakar dari Persatuan Kanser Amerika telah meyakinkan bahawa teori-teori ini tidak mempunyai bukti yang meyakinkan dan kekurangan sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Sehingga hari ini, masih belum ada laporan yang mampu membuktikan bahawa produk antipeluh boleh menyebabkan risiko penyakit seperti kanser payudara atau masalah kesihatan yang lain. Tidak dapat dinafikan bahawa memang ada beberapa bahan dalam produk antipeluh yang boleh menyebabkan masalah payudara, tetapi bahan kimia ini tidak memberi kesan berbahaya sehingga membawa kepada penyakit kanser payudara.

Kredit: Plaid For Women

Kita harus tahu bahawa kanser payudara adalah penyakit yang membawa maut dan tidak dapat dikesan oleh satu penyebab tunggal seperti penggunaan produk anti-bau.

Kesimpulannya, setiap produk pastinya mempunyai sisi kelebihan dan kekurangan masing-masing. Semuanya berbalik kepada diri anda sendiri untuk memilih produk yang lebih sihat dan mengandungi bahan-bahan semula jadi.

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor dan diterbitkan semula atas keizinan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds