Telefon pintar pada umumnya merupakan sebahagian besar daripada kehidupan kita hari ini dan memenuhi kebanyakan masa lapang kita. Tetapi perlu diingatkan bahawa kita juga perlu berehat daripada terus bermain dengannya kerana jika tidak, anda mungkin berakhir dalam keadaan ini.

Sumber: Sedutan video Pear Video

Seorang wanita dari Hunan ibukota Changsha, terpaksa pergi ke hospital baru-baru ini selepas tangan kanannya mengalami kesakitan yang teruk. Tetapi perkara yang paling mengejutkan adalah dia tidak dapat menggerakkan jari-jarinya seperti mana dilihat pada paparan video.

Sumber: Sedutan video Pear Video

Sebelum kejadian itu dia mengambil cuti selama seminggu untuk mahu berehat di rumah. Dalam sepanjang minggu itu, beliau hanya menghabiskan masa di rumah dengan telefon pintarnya. Dia hanya berhenti bermain ketika tiba waktu tidur malam, walau bagaimanapun dia mula mengalami kesakitan yang serius pada tangan kanannya dan pada keesokan hari mendapati bahawa dia tidak boleh menggerakkan jarinya.

Sumber: Sedutan video Pear Video

Dia mengatakan bahawa jari-jarinya berada dalam kedudukan seperti sedang memegang telefon pintar dan tidak dapat mengoyangkan jari jemarinya. Risau bahawa ia adalah sesuatu yang serius, dia pergi ke hospital untuk mendapat rawatan seperti mana doktor mendiagnosisnya dengan tenosynovitis, keradangan yang dilapisi bendalir yang mengelilingi urat akibat kerap mengulangi pergerakan yang sama setiap hari.

Sungguh bernasib baik apabila ia berjaya menggerakkan jarinya semula selepas doktor merawat keadaannya. Beliau menasihati generasi kini agar tidak begitu obses dengan telefon pintar mereka. Tangan dan mata juga perlu berehat selepas seharian menetap pada skrin kecil.

Tonton video di sini

Sumber: Pear Video, World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds