Sebuah klinik veterinar di Ireland baru-baru ini mengumumkan satu kerja kosong yang agak menyeronokkan iaitu menjadi pemeluk kucing-kucing yang terdapat di klinik berkenaan. Ia mungkin peluang sekali seumur hidup bagi pecinta kucing untuk mengisi kerja yang diimpikan sedemikian. Wakil klinik ‘Just Cats’ berkenaan yang terletak di Dublin itu berkata kerja kosong tersebut akan diberikan kepada individu yang sangat sukakan kucing dan gemar membantu kucing terbiar yang memerlukan.

“Calon ideal mestilah pandai membelai dan mengusap kucing dengan lembut dalam jangka masa yang lama. Selain itu, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dan memujuk kucing bagi menenangkan mereka terutamanya ketika mendapatkan rawatan. Keupayaan untuk memahami perbezaan bunyi dengkuran kucing merupakan antara kelebihan tambahan yang dapat membantu menjamin kedudukan dengan kami.”

Jadi, bagi yang berminat, jangan teragak-agak lagi untuk menghantar CV dan resume (dan mungkin sertakan sekali gambar anda dengan kucing-kucing kepada mereka). Ia mungkin satu perkara terbaik yang pernah anda lakukan untuk diri sendiri.

Klinik di Dublin, Ireland mengumumkan satu kerja kosong – pemeluk kucing

Tugas anda hanyalah perlu memastikan semua kucing berasa disayangi dan dikasihi

Kerja tersebut akan diberikan kepada mereka yang sukakan kucing dan gemar membantu kucing terbiar

“Calon ideal mestilah pandai membelai dan mengusap kucing dengan lembut dalam jangka masa yang lama

“Calon mestilah mempunyai tutur kata yang lembut dan berupaya untuk memahami kucing”

“Keupayaan untuk memahami perbezaan jenis dengkuran kucing merupakan kelebihan”

Cepat hantar  CV dan resume anda sekiranya berminat. Ia mungkin perkara terbaik yang anda lakukan untuk diri sendiri.

Sumber: Paws Planet

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds