Tart telur adalah antara kuih yang menjadi kegemaran ramai orang. Biskut yang rangup diluar serta isi telur di dalam yang begitu lembut itu pasti membuka selera sesiapa sahaja ketika menikmati minum petang.

Namun tidak ramai yang berani mencuba untuk membuatnya sendiri kerana merasakan kuih ini sukar untuk dibuat. Sebenarnya ada cara mudah yang telah pun dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Anna Rozza.

Jom tengok bahan-bahan yang digunakan dan cara membuatnya!

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

Bahan A

  • Roti kosong ( Jenama Gardenia)

Bahan B

  • 140 gram gula icing
  • 50 gram susu pekat
  • 300 gram susu segar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 5 biji telur
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara memasak:

1. Ambil roti kosong Gardenia dan gelek sekeping demi sekeping dengan menggunakan penggelek sehingga leper.

Kredit: Sirap Limau

2. Gunting roti yang telah leper tersebut secara membulat dengan mengikut saiz acuan.

Kredit: Sirap Limau

3. Tekan kepingan roti tersebut ke dalam acuan dan bakar lebih kurang 10 minit. Roti tersebut hendaklah dibakar hingga garing sedikit. Ini bertujuan supaya senang hendak menuang adunan telur nanti. Jika roti tersebut tidak dibakar terlebih dahulu, roti tidak akan menyerap adunan telur.

4. Untuk menyediakan adunan telur pula, satukan semua bahan B dan pukul sehingga sebati.

5. Tuang adunan telur ke dalam acuan roti yang telah dibakar itu dan bakar semula roti tersebut sehingga masak.

Kredit: Sirap Limau

Tart telur sudah pun masak dan lebih enak dimakan ketika masih panas. Baru terasa kerangupannya.

Buat penggemar tart telur di luar sana, anda harus mencuba resipi yang sangat mudah ini. Selamat mencuba!

SUMBER: FACEBOOK | ANNA ROZZA, Sirap Limau

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular

Ad will display in 09 seconds