Sejak dahulu lagi, kita semua percaya bahawa bakat yang dimiliki oleh seseorang itu hanya boleh diperolehi daripada kurniaan Tuhan sahaja. Dalam erti kata lain, sesuatu bakat itu tidak boleh diasah sebaliknya ia dimiliki secara semula jadi.

Sebagai contoh, kita sentiasa menyangka kita dilahirkan dengan tahap IQ tertentu dan ianya akan kekal begitu sahaja sampai bila-bila.

Namun hakikatnya, menerusi kajian sains telah berjaya merungkai bahawa kita boleh mengubah tahap kepintaran manusia di samping menambah keupayaan tersendiri. Memiliki kemahiran baharu boleh membantu otak membina laluan saraf yang berfungsi untuk memberikan pelbagai manfaat kepada anda.

Dalam artikel ini, kami akan membongkarkan 7 jenis hobi yang boleh meningkatkan tahap IQ manusia dan hal ini telah dibuktikan dengan fakta sains!

#1 Bermain alat muzik

 

Kredit: Gadis

Satu kajian yang telah dijalankan mendapati bermain alat muzik secara kerap mampu mengubah bentuk dan kuasa minda dan ia juga boleh digunakan sebagai terapi bagi meningkatkan kemahiran kognitif.

Memahirkan diri dengan alat muzik mampu memberikan impak positif yang sangat besar. Hal ini demikian kerana ia berupaya meningkatkan tahap imaginasi, kuasa pemerhatian, komunikasi, matematik dan sebagainya.

Ramai berpendapat bahawa melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan juga dapat memberikan impak yang sama kepada otak anda. Namun, terdapat satu kawasan tertentu di mana hobi bermain alat muzik dikatakan dapat menandingi semua hobi-hobi lain iaitu ia mampu memberikan kekuatan kepada corpus callosum (satu struktur di pusat otak yang menghubungkan otak bahagian kiri dan kanan).

Dengan bermain alat muzik, anda akan memiliki kekuatan untuk mengingati sesuatu, mempunyai kemahiran dalam pelaksanaan dan lain-lain lagi.

#2 Membaca

Kredit: THE

Aktiviti membaca adalah satu aktiviti terapeutik di mana ia akan tetap memberikan kesan positif yang sama tidak kira walaupun anda membaca berita, buku novel cinta mahupun siri komik kartun.

Aktiviti ini dikatakan dapat menenangkan sistem saraf anda selain boleh meningkatkan pengetahuan anda tentang pelbagai perkara.

Membaca membantu dalam mencari dan mengumpulkan maklumat, menyelesaikan sesuatu isu, mengendalikan sesuatu masalah dengan lebih baik, mengenal pasti corak dan juga memahami manusia. Di alam pekerjaan, membaca merupakan salah satu kemahiran yang dituntut sebagai seorang HR atau sumber manusia.

#3 Rajin bersenam

 

Kredit: brad.erva-doce.info

Satu review mengenai kajian yang dijalankan untuk mengenal pasti kesan aktiviti fizikal ke atas prestasi kognitif individu dewasa telah dijalankan.

Anda tidak boleh melakukan 20 tekan tubi sekali sepanjang tempoh tiga bulan dan mengharapkan hasilnya akan nampak dengan jelas. Kekerapan adalah kunci utamanya. Anda juga tidak perlu melakukan sesi senaman ekstrem pada setiap hari.

Cukuplah sekadar bersenam selama 15 minit tetapi lakukannya setiap hari. Hal ini kerana senaman mampu meningkatkan memori, konsentrasi dan juga pemahaman terhadap sesuatu perkara.

Di samping itu, duduk terlalu lama juga boleh mengakibatkan kesan yang buruk. Jadi, adalah lebih baik jika anda rajinkan diri untuk bergerak.

#4 Mempelajari bahasa baru

Kredit: YouTube

Daripada anda bermain permainan video, adalah lebih baik anda belajar bahasa baru. Kajian mendapati individu yang boleh berkomunikasi lebih daripada satu bahasa adalah lebih pintar.

Memahirkan diri dengan perkataan baharu mampu menajamkan daya ingatan di samping menjadikan kemahiran organisasi anda lebih baik dan teratur.

Bukan sahaja itu, ia juga dapat membantu anda untuk mendapatkan pekerjaan kerana pada zaman ini, majoriti majikan memilih pekerja yang memiliki kemahiran bahasa selain bahasa ibunda.

#5 Menguji pembelajaran kumulatif anda

Kredit: Travel and Leisure

Kebanyakan kita sudah biasa dengan konsep menghafal nota sebelum memasuki dewan peperiksaan. Bagaimanapun, sebaik sahaja tamat peperiksaan, kita akan mudah melupakan segala informasi yang telah dihafal sebelum ini.

Apabila anda mempelajari bahasa baru, tahap kepintaran anda akan meningkat kerana ia memerlukan pembelajaran kumulatif. Anda akan belajar mengenai perkataan, tanda bacaan, susunan kata dalam ayat dan sebagainya. Untuk mempelajarinya, anda akan terus mengulangi sehingga anda berjaya membaca keseluruhan ayat di dalam bahasa asing.

Pastikan anda amalkan teknik ini dalam rutin harian anda kerana ia mempunyai pelbagai kepentingan dan manfaat.

#6 Latih minda anda

Kredit: The Irish Times

Lakukan bermacam-macam jenis aktiviti yang menggunakan otak. Misalnya, bermain permainan untuk menyelesaikan misteri, teka silang kata dan juga teka-teki. Aktiviti-aktiviti ini dapat meningkatkan neuroplasticity sekali gus melatih otak anda untuk menjadi lebih teratur.

Neuroplasticity juga membantu anda untuk menangani tekanan dan juga kemurungan dengan lebih baik.

#7 Meditasi

Kredit: Falun Gong NSW

Jurnal Wall Street telah menerbitkan “Proceedings of the National Academy of Sciences“ di mana ia meliputi eksperimen yang dijalankan oleh ahli saintis, Richard Davidson terhadap Dalai Lama (pemimpin rohani dalam agama Buddha Tibet) dan sami-sami lain.

Menerusi eksperimen tersebut, Richard mahu mengkaji sama ada gelombang mental boleh dihasilkan mengikut kemahuan sendiri. Justeru, semasa para responden sedang melakukan meditasi dan diarahkan untuk memfokuskan kepada perasaan belas kasihan, Richard mendapati kesemua responden berada dalam keadaan belas kasihan yang mendalam.

Impak meditasi terbesar adalah ia mampu memanipulasi emosi anda. Anda mempunyai kawalan terhadap sebarang emosi sekali gus menjadikan anda seorang manusia yang lebih baik. Contoh kaedah meditasi yang memberikan manfaat seperti yoga, dan Falun Gong.

Kredit: Falun Gong NSW

Dengan adanya perkongsian 7 hobi yang mampu memberi kesan kepada otak ini, anda boleh amalkannya untuk menjadikan diri anda sebagai seseorang yang lebih baik!

Sumber: Daily Positive Info

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds