Meskipun mempunyai jadual yang padat setiap hari, ia langsung tidak menghalang lanun paling lucu dan kacak dalam sejarah iaitu bintang Hollywood, Johnny Depp untuk meluangkan sedikit masa bagi menghiburkan pesakit kanak-kanak yang berada di Hospital Kanak-Kanak Lady Cilento, Brisbane, Australia.

Dengan menggayakan kostum lengkap Jack Sparrow, bintang terkenal dunia ini cuba untuk membuat kejutan istimewa dan meminta kakitangan hospital untuk tidak menguar-uarkan mengenai kedatangannya ke hospital berkenaan.

Salah seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun iaitu Max Bennett yang menghidap transverse myelitis iaitu sejenis penyakit keradangan pada sumsum tulang belakang mendapat peluang keemasan untuk berbual bersama ‘lanun’ terkenal itu.

Menurut Max, kostum Jack Sparrow yang dipakai oleh Johnny itu ‘agak hebat’ selain menganggap aktor itu sebagai seorang yang sangat lucu. Malah, Max turut menyatakan:

“Dia (Johny) mengikat tocang pada rambutnya untuk membentuk janggut. Itu adalah bahagian yang paling saya suka”.

Sementara itu, ibu Max iaitu Rachel yang menyaksikan segala peristiwa itu amat memuji tindakan selebriti berusia 52 tahun itu.

“Dia pergi dari bilik ke bilik lain untuk melihat semua kanak-kanak yang tidak mampu bangun dari katil… Dia mengambil masanya untuk memastikan dia dapat berbual dengan setiap kanak-kanak di sana”.

Pelakon filem Pirates of The Carribean itu dikatakan tiba di negara tersebut untuk menjalani sesi penggambaran filem terbaru berkenaan iaitu Pirates of The Carribean 5 : Dead Men Tell No Tales yang telah ditayangkan pada 7 Julai 2017 lalu.

Malah, dalam satu temubual beberapa tahun yang lalu, pelakon ini mengaku sering mengembara sambil membawa kostum Jack Sparrow miliknya untuk memberikan kejutan istimewa kepada insan-insan yang bertuah.

“Kadangkala saya pergi ke hospital kanak-kanak dan tempat-tempat lain… Saya suka beri kejutan kepada kanak-kanak di beberapa wad yang berlainan… Ianya sangat menyeronokkan”.

Tonton video berdurasi 1 minit 33 saat yang memaparkan beberapa adegan lucu sewaktu Johnny Depp mengambil gambar swafoto bersama Max.

Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds