Pada minggu lalu, satu insiden yang sangat jarang berlaku telah berjaya dirakamkan menerusi kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) di sebuah mahkamah yang terletak di Winlock, Washington.

Peristiwa mengejutkan itu melibatkan dua individu yang sedang dibicarakan iaitu Tanner Jacobson, 22 tahun dan Kodey Howard, 28 tahun sedang melarikan diri daripada mahkamah.

Kredit: Metro

Selain cubaan melarikan diri kedua-dua suspek, tindakan hakim mahkamah iaitu Hakim Buzzard yang turut serta berlari mengejar suspek untuk menangkap mereka menjadikan insiden ini menular dengan serta-merta!

Kedua-dua Tanner dan Kodey bertindak melarikan diri sewaktu sesi perbicaraan dengan menggunakan pintu awam mahkamah.

Kredit: Metro

Bagaimanapun, dalam sesi kejar-mengejar di kawasan tangga itu, Hakim Buzzard berjaya menangkap Kodey sewaktu dia hampir meloloskan dirinya dari pintu belakang mahkamah.

Sementara itu, Daily Chronile melaporkan rakannya iaitu Tanner pula berjaya diberkas oleh pihak polis beberapa blok dari mahkamah berkenaan.

Kredit: Metro

Setelah kedua-duanya ditahan, mereka telah dikenakan dakwaan melarikan diri tahap kedua dengan Kodey dikenakan jaminan tunai sebanyak RM208,000 manakala Tanner pula sebanyak RM417,000.

Tonton video di sini.

Sumber: Metro

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds