Mengkaji spesies haiwan pasti sangat menarik. Anda boleh menjadi terpesona dan terleka selama berhari-hari sekiranya mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi mengenai spesies haiwan. Terutamanya apabila anda mengkaji pelbagai spesies burung yang terdapat di dunia. Menurut kajian, terdapat 10,500 spesies burung dengan 21,000 sub-spesies di dunia. Ada yang berbentuk paling kecil dan sangat comel, dan ada pula mempunyai rupa pelik yang unik tetapi sangat cantik dan menakjubkan.

Di bawah adalah kompilasi spesies burung dengan rupa unik tetapi amat cantik, yang akan membuat anda berasa kagum dan terpesona apabila melihatnya.

#1.’King Vulture’ atau Nasar Raja.

Kredit :  Olaf Oliviero Riemer / wikimedia.org

‘King Vulture’ atau burung nasar raja adalah burung pembangkai. Burung ini agak besar dan hebat, akan terbang secara meluncur sebagai satu cara menyimpan tenaga dan mencari makanan dari bangkai haiwan. Oleh kerana tabiat pemakanannya yang suka mencari haiwan mati, ‘King Vulture’ amat berguna dalam mengimbangi ekologi kerana burung ini akan dapat mengurangkan penyebaran wabak kerana dia akan memakan bangkai.

Kredit :  shutterstock.com

Spesies burung ‘King Vulture’ boleh didapati di Mexico selatan hingga ke Argentina. Legenda menyatakan burung ini mendapat nama dari kaum Maya yang menganggapnya sebagai ‘raja’ membawa utusan Tuhan mereka kepada manusia.

#2.’Cock-of-the Rock’

Kredit : Almir/flickr

Burung ‘Cock-of-the-Rock’ berasal dari Amerika Selatan. Anda akan menemui burung ini di kawasan pergunungan tropika dan sub-tropika. Rupa burung ‘Cock-of-the-Rock’ jantan amat mengagumkan kerana jambulnya yang berwarna menarik berbentuk kipas yang cantik, dengan tujuan menarik burung betina.

Apabila tiba musim mengawan, burung jantan akan memperlihatkan jambulnya dengan cara yang paling menarik dan cantik sambil membuat bunyi-bunyian untuk menarik perhatian burung betina. Selepas bertelur, burung betina menjaga telur dan anaknya sendiri di dalam sarang di kawasan pergunungan.

#3.’Superb Bird-of-Paradise’

Kredit :  nationalgeographic.com

Spesies burung ‘Superb-Bird-of-Paradise’ bersaiz kecil. Apabila burung ini mengangkat wajahnya, dia akan menyerap 99.95 peratus cahaya. Burung ini dinamakan sebagai spesies ‘baru’ kerana sifat dan kelakuannya amat berlainan daripada spesies burung lain. Gerak laku dan bunyinya juga berlainan. Malah, burung betina juga memiliki saiz dan rupa yang berlainan dari burung jantan. Perkara yang menarik perhatian ialah burung ‘Superb-Bird-of-Paradise’ mampu memukau pandangan anda dengan pergerakan dan rupanya yang agak luar biasa.

#4.’Golden Pheasant’

Kredit :  Woow pics / twitter

Spesies burung ‘Golden Pheasant’ berasal dari China tetapi didapati berhabitat di Britain, Scotland, Sepanyol dan Perancis. Burung ini antara spesies burung yang memiliki ton warna paling cerah dan menarik perhatian disamping ekor cantik yang panjang. Burung betina mampu menetaskan telur antara 9 hingga 11 biji dalam masa 3 minggu, membuatnya mudah membiak.

Kredit :  70154 / pixabay

Burung ‘Golden Pheasant’ menjadi simbol nasib baik, kemakmuran dan kekayaan kepada pemiliknya. Burung ini juga memiliki daya gerak hati yang mengagumkan apabila mampu memberi amaran apabila mengesan bahaya dan ancaman yang akan berlaku.

#5. Burung Enggang atau ‘Hornbill’

Kredit : David Berkowitz/flickr

Burung Enggang atau ‘Hornbill’ memiliki saiz 1.3 kaki dan ke atas. Enggang adalah spesies burung omnivor yang memakan buah-buahan, serangga dan haiwan kecil. Oleh kerana lidahnya amat pendek, burung ini tidak dapat menelan makanan, sebaliknya menolak makanan dengan paruhnya yang panjang ke dalam saluran makanannya.

Kredit :  Doug Janson / wikimedia.org

Burung Enggang memiliki dua ciri yang utama. Pertama otot lehernya yang keras dan kuat untuk menahan paruhnya yang berat. Serta kedua, hanya spesies burung ini sahaja yang memiliki bulu mata.

#6.’Christmas Frigatebird’ atau Burung Simbang Pulau Christmas.

Kredit :  Haplochromis / wikimedia.org

Burung ini mendapat namanya kerana spesies burung ini hanya terdapat di Pulau Christmas di Lautan Hindi. Kalangan penduduk tempatan juga memanggilnya sebagai burung lanun kerana burung ini suka menyamun makanan spesies burung lain. Biasanya burung ini hidup berpasangan, dan burung simbang jantan memiliki leher berwarna merah garang bagi tujuan menarik perhatian burung simbang betina.

#7.Burung Potoo

Kredit :  shutterstock.com

Burung Potoo adalah spesies burung yang aktif di waktu malam seperti burung hantu dan burung ini berhabitat di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Paruh burung Potoo agak kecil. Di waktu siang burung ini tidak mampu terbang dan hanya duduk di atas dahan pokok dengan warna yang sama dengan dirinya bagi tujuan penyamaran. Diet burung Potoo ialah kumbang, kupu-kupu, belalang dan anai-anai.

#8. ‘Swinhoe’s Pheasant’

Kredit :  Frankyboy5 / wikipedia.org

Spesies burung ini semakin mengecil dan hampir pupus akibat habitat semulajadinya yang semakin terhad.  Burung ‘Swinhoe’s Pheasant’ jantan mampu membesar sehingga 31 inci. Rupanya amat cantik dengan warna mempesona biru-ungu di dada, tengkuk berwarna putih, balung berwarna merah serta jambul dan ekor berwarna putih.

#9.Burung Kondor Andean

Kredit :  Michael Gäbler / wikimedia.org

Spesies burung kondor Andean mempunyai sayap sepanjang 3 meter dan dikategori sebagai burung boleh terbang yang terbesar di dunia. Berat burung ini mampu mencapai 15 kilogram dengan ketinggian mencecah 1.2 meter. Burung ini merupakan burung pemangsa yang mengagumkan di dunia. Oleh kerana badannya yang berat, burung kondor Andean tidak dapat terbang dengan baik. Perkara paling menarik, burung kondor Andean betina hanya mampu menetaskan sebiji telur dalam jangka masa dua tahun, dengan jangka inkubasi antara 54 hingga 58 hari.

#10.Itik Mandarin

Kredit : Malcolm Cartaw/ flickr

Itik tercantik di dunia sudah semestinya itik Mandarin. Itik Mandarin berasal dari China dan Jepun. Seperti kebanyakan itik lain, itik ini mencari pasangan dalam semusim dan membentuk pasangan baru pada musim luruh. Itik Mandarin betina tidak berkuek, sebaliknya membuat bunyi ketukan sekiranya dia sedang mengesan bahaya.

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds