Musim cuti hampir tiba, dan kebanyakkan keluarga di seluruh dunia bersedia untuk bercuti, sama ada di dalam negara ataupun luar negara. Mungkin ada merancang untuk melawat bazar, pameran, perayaan atau taman hiburan. Apa yang pasti kita mengetahui bahawa tempat-tempat ini sering dipenuhi orang ramai.

Kredit: Cherise McClimans

Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, tempat-tempat yang sesak ini memberi cabaran kepada para ibu bapa agar anak-anak mereka selamat dan terjamin. Bukan pertama kali kita melihat kanak-kanak menangis mencari ibu bapa mereka.

Jadi, jika anda berada di kalangan ibu bapa yang ingin mengelakkan keadaan sedemikian, ini adalah cara yang terbaik untuk anda.

Pada pergelangan tangan anak anda, tulis serangkap “JIKA HILANG, TELEFON” dan diikuti nombor telefon anda.

Kredit: Cherise McClimans

Menggunakan pembalut cecair, tutup butiran yang telah anda tulis pada pergelangan tangan anak anda. Ini seperti mewujudkan “tatu sementara” yang boleh bertahan selama kira-kira sehari.

Kredit: Cherise McClimans

Jangan lupa untuk memberitahu anak-anak anda bahawa jika mereka tersesat, cari dan bercakap dengan “orang yang tidak dikenali yang baik” seperti polis atau ibu yang bersama dengan anak mereka. Orang-orang seperti ini cenderung akan menolong tanpa berfikir panjang dan menghubungi nombor yang telah anda tulis pada pergelangan tangan anak anda. Cukup berguna, bukan?

Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds