911 bayi telah ditinggalkan sejak 2010 hingga Ogos tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Hannah Yeoh. Daripada jumlah itu, Yeoh berkata, 585 bayi telah mati dan 326 bayi ditemui hidup ketika melaporkan pada media The Star pada 23 Oktober.

Walau bagaimanapun, statistik tidak mendedahkan sama ada bayi itu berasal daripada golongan remaja. Selangor direkodkan untuk mempunyai jumlah kes pembuangan bayi tertinggi iaitu sebanyak 215 bayi.

Sumber: NST

Yang kedua ialah Sabah dengan 113 kes, diikuti Johor dengan 104 dan Kuala Lumpur dengan 83 kes.

Selain itu, 79,302 kes kehamilan remaja (di bawah umur) direkodkan diantara 2012 dan 2016. Pada tahun lepas, Kesihatan Kebangsaaan dan Kajian Morbiditi mendapati bahawa hanya 10% remaja yang menggunakan pil pencegah hamil.

Pada awal bulan ini, Yeoh menggesa ibu-ibu yang tidak dapat menjaga bayi mereka harus diserah kepada OrphanCare Foundation dan bukannya membuang mereka.

Yeoh menambah bahawa tidak perlu ada rasa bersalah atau malu bagi wanita-wanita ini untuk diatasi. “Sekiranya anda hamil dan tidak mahu bayi itu, kami mahu bayi itu, jangan bunuh bayi itu,” kata Yeoh.

Sumber: NST

Beliau menambah bahawa OrphanCare telah menerima lebih daripada 300 bayi dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Organisasi bukan kerajaan mempunyai tiga tempat perlindungan bayi yang terletak di Petaling Jaya, Sungai Petani, dan Johor Bahru.

Langkah-langkah lain sedang diambil untuk menamatkan stigma hubungan luar nikah di sekeliling wanita hamil.

Yeoh mendedahkan bahawa bayi yang diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan ditempatkan dalam program penjagaan angkat, di mana 80% daripada bayi biasanya diambil keluarga angkat.

Sumber: NST

Baki 20% selalunya tinggal bersama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dimana isu kesihatan telah menghalang keluarga angkat daripada menjadikan mereka sebagai anak angkat.

Kementerian itu juga menyediakan perlindungan untuk wanita dan remaja yang hamil di luar nikah.

Yeoh menggalakkan orang ramai untuk menamatkan stigma di sekeliling kehamilan remaja untuk memberi keutamaan kepada kesihatan ibu dan bayi.

Sumber: Says

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds