Ketika Hayden memilih tetamu untuk dilantik menjadi sebahagian daripada majlis perkahwinannya, dia sudah pun memikirkan tentang seorang anak gadis yang sangat istimewa untuk menjadi gadis bunga di hari terindahnya.

Kredit: ABC News/YouTube

Beberapa tahun yang lalu, Hayden telah mendaftar sebagai penderma tulang sumsum dan dia telah menyelamatkan nyawa gadis kecil yang bernama Skye. Tanpa pengetahuan Skye yang kini berusia 3 tahun, dia akan menjadi seorang gadis bunga di majlis perkahwinan penyelamatnya sendiri.

Ketika Skye berjalan di lorong dan melemparkan beberapa kelopak bunga di atas lantai, para tetamu majlis yang menyaksikannya hampir tidak dapat menahan air mata masing-masing. Jurugambar majlis perkahwinan, Jeannie Broadway, berkata, “Tidak ada mata yang kering di dalam ruang itu; anda juga boleh mendengar bunyi esakan dari para tetamu.” Semua orang di dalam dewan itu maklum bahawa jika bukan kerana pengantin perempuan itu, gadis kecil ini mungkin tidak akan berada di situ pada hari yang bersejarah itu.

Kredit: ABC News/YouTube

Kisah antara dua jiwa yang bersatu ini bermula apabila Skye Savren-McCormick yang pada ketika itu belum berumur satu tahunpun lagi, telah didiagnosis dengan penyakit leukemia myelomonositik juvenil, iaitu satu bentuk kanser kanak-kanak yang jarang berlaku.

Doktor menganggarkan bahawa si kecil ini hanya mempunyai peluang hidup sebanyak 10% sahaja dan Skye memerlukan pemindahan tulang sumsum untuk terus hidup.

Tetapi syukurlah, nasib benar-benar menyebelahi Skye setelah doktor menemui penderma yang sesuai dengannya iaitu Hayden Hatfield Ryals, 26 tahun. Pada masa itu, Hayden baru menukar jurusannya dan sedang berada di tahap yang rendah dalam hidupnya jadi dia memutuskan untuk mendaftar sebagai penderma tulang sumsum untuk mendapatkan semula tujuan kehidupannya.

Dan ternyata, tujuan itu datang dalam bentuk bayi yang comel, Skye.

Kredit: ABC News/YouTube

Sumbangan tulang sumsum yang dilakukan ini adalah rahsia dan masing-masing tidak mengetahui malah mengenali antara satu sama lain. Jadi, kedua-dua orang ini memang tidak tidak pernah bertemu. Tetapi sejak peristiwa itu, pasangan ini mula mempunyai ‘hubungan’.

Malangnya, setelah proses pemindahan tulang itu berjaya, Skye telah didiagnosis dengan sejenis kanser post-transplant lymphoproliferative. Kurang daripada 1% pesakit mengembangkan sel kanser ini selepas proses pemindahan, jadi perkara ini kelihatan tidak bagus untuk si kecil ini. Syukurlah, selepas pemindahan lebih banyak tulang sumsum dan kemoterapi, Skye berjaya melawan penyakitnya.

Kredit: ABC News/YouTube

Ketika Hayden bertunang, dia telah menghubungi keluarga Skye melalui surat tanpa nama melalui Be The Match, organisasi yang membantu urusan pendermaannya. Hubungan mereka mula berkembang melalui surat dan e-mel, dan mereka secara beransur-ansur menguatkan ikatan yang ada.

Seterusnya, pada hari lahir Skye, Hayden telah menghantar hadiah bersama dengan jemputan dan permintaan yang sangat istimewa: Adakah Skye sudi menjadi gadis bunganya?

Walau bagaimanapun, pada ketika itu, Skye masih bergantung pada mesin oksigen dan hal ini membuatka ibu bapanya tidak pasti tentang keputusan yang harus dilakukan. Tetapi syukurlah, Skye berjaya mengharungi dugaannya dan mereka berangkat menuju ke perkahwinan Hayden. Skye dan Hayden bertemu buat pertama kalinya di acara raptai majlis perkahwinan.

Kredit: ABC News/YouTube

Pasangan ini segera menemui keselesaan. Walaupun Skye terlalu muda untuk memahami bahawa Hayden telah membantu menyelamatkan nyawanya, namun dia tahu bahawa wanita di hadapannya adalah orang yang sangat istimewa.

Kredit: ABC News/YouTube

“Dia adalah segalanya untuk saya. Dan sepanjang perjalanan ini, saya tidak pernah melihatnya ketika saya membantunya, kerana saya diberi penghormatan untuk melakukannya, dan itu adalah satu keistimewaan bagi saya untuk melakukannya. Di mata saya, dia yang menyelamatkan saya,” Kata Hayden.

Kredit: ABC News/YouTube

Oh, tuhan! Indah dan istimewa sungguh kisah ini. Kami pasti anda juga berasa terharu sama seperti kami. Adakah anda pernah melalui pengalaman yang sebegini atau hampir serupa dengannya? Kongsikan dengan kami segera!

Sumber: Happiest.Net

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds