Bagi kebanyakan orang, terserempak pada sekumpulan singa lapar yang sedang menjamah mangsa mereka sudah cukup untuk membuatkan anda berpatah balik dan lari sepantas mungkin dari situasi tersebut.

Tetapi seperti yang dipaparkan dalam video, bagi manusia yang mencari sumber makanan di kawasan-kawasan lapang di Afrika, ini adalah peluang bagi mereka untuk mengambil bahagian.

Dalam mencari jejak buruan mengsa yang dilakukan oleh singa

Tiga orang tersebut memulakan pencarian mereka untuk mencari makanan dengan mencari laluan pemburuan singa

Akhirnya, mereka menemui sekumpulan singa yang sedang menjamah mangsa mereka

Sumber: Sedutan video Youtube | themutantbass

Mereka mencari sumber makanan dengan mencari jejak singa memburu mangsanya. Ahli tertua dalam kumpulan itu memimpin jalan, dan tidak lama sebelum mereka melihat tanda-tanda mangsa pemburuan baru.

Ketiga-tiga mereka ini melihat sekumpulan singa sedang menjamah mangsa mereka iaitu wildebeest . Kebanyakkan gigi besar mereka dapat dilihat sedang menitiskan darah wildebeest  tersebut. Mereka bertiga itu bukan sahaja tidak mengundurkan diri malah mula merancang untuk mendekati sekumpulan singa tersebut.

Mereka menunggu dan melihat sekumpulan singa tersebut menikmati buruan mereka

Kredit: Sedutan video Youtube | themutantbass

Bertindak sebagai tidak berlaku apa-apa, ketiga-tiga mereka berdiri bersama dan menunjukkan keyakinan menuju kearah singa tersebut. Kita amat pasti sesiapa yang dicabar berbuat begitu pasti akan berlari sejauh mungkin.

Tanpa berasa takut, tiga orang ini berdiri bersama menuju kearah sekumpulan singa tersebut dengan yakin

Semasa mereka menghampiri, singa ini menentukan tindakan yang perlu diambil

Kredit: Sedutan video Youtube | themutantbass

Namun tiga orang ini dengan yakin menuju kearah singa-singa tersebut, beberapa ekor singa mula melarikan diri, kelihatan dengan jelas mereka amat takut dengan mereka. Apabila mereka semakin hampir dengan wildebeest yang telah mati itu, kesemua singa itu bersurai dan sebaliknya melihat kegiatan tiga orang itu.

Sekumpulan singa itu mula bersurai atas rasa takut

Kredit: Sedutan video Youtube | themutantbass

Dalam seketika, mereka mula mengambil sebahagian daging wildebeest hasil daripada buruan singa-singa tersebut. Mereka mendapatkan daging itu untuk dibawa pulang ke rumah.

Ketika mereka mula mengambil daging, singa itu kelihatan resah

Mereka dapat mengambil daging tanpa kecederaan dari salah satu mereka ataupun singa yang cedera

Sumber: Sedutan video Youtube | themutantbass

Seperti yang dilaporkan, amalan mengambil makanan dari buruan binatang lain dipanggil kleptoparasitisme dan ia sangat biasa berlaku di kalangan spesies haiwan liar tertentu. Suku kaum di Afrika juga mengikuti amalan ini, dengan ini kedua-dua pihak juga boleh menikmati hasil buruan ini tanpa perlu mengorbankan haiwan pemangsa.

Lihat bagaimana mereka menunjukkan cara mereka mengambil hasil buruan singa tersebut:

Kredit: Youtube | themutantbass

Sumber: Youtube | themutantbass, sunny skyz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds