Kayu swafoto atau monopod kini menambah kegunaan dari sekadar mengambil swafoto kepada senjata berguna dalam mempertahankan diri apabila anda diancam bahaya. Dan sebuah kelas seni mempertahankan diri di Rusia memperkenalkannya.

Dengan trend masa kini apabila kebanyakan orang akan berjalan ke mana sahaja dengan membawa monopod untuk merakam aksi swafoto atau rakaman video, sudah pasti tidak terfikir kadangkala anda yang sedang terleka mengambil gambar boleh diancam bahaya oleh orang sekeliling yang berniat jahat. Dan kayu swafoto itu sebenarnya ada kegunaannya.

Bukan sekadar menggaru belakang anda yang sedang gatal, seperti ini.

Kredit : AX3 Battery

Sebuah pusat sukan dan kelas seni mempertahankan diri bernama M-Profi di Moscow mendapat idea menggunakan kayu swafoto sebagai alat mempertahankan diri dan menjadi senjata segera sekiranya berlaku insiden ancaman keselamatan kepada seseorang.

Dan ia amat berguna dan sesuai dipraktikkan oleh kaum wanita jika berada di kawasan yang mempunyai kadar jenayah rompakan, ragut, cabul dan rogol yang tinggi.

Kredit : Business Insider

Sebelum ini kita tidak pernah terfikir kayu swafoto boleh mengelak atau menewaskan ancaman musuh, tetapi jurulatih seni mempertahankan diri di M-Profi telah mengubah suai kegunaan kayu swafoto menjadi satu teknik berkesan dalam melindungi seseorang daripada menjadi mangsa perbuatan penjenayah.

Kelas seni mempertahankan diri khas yang dikenali “MPD Fight” atau ‘teknik pertahanan diri monopod’ merupakan satu ajaran teknik pertahanan diri segera yang berkesan apabila seseorang berada dalam situasi berbahaya.

Kredit : Indian Express

Teknik mempertahankan diri ini meliputi lima ajaran dan latihan menggunakan kayu swafoto untuk menewaskan musuh. Walaupun teknik terbaru ini agak sukar bagi mereka yang tiada asas latihan seni mempertahankan diri, akan tetapi ia boleh menjadi idea berguna bagi mereka yang mahu menggunakan teknik ini untuk mempertahankan diri ketika diancam bahaya.

Seperti teknik mudah menarik tangan musuh dengan kuat dan mencucuk monopod itu di belakang badan atau tengkuknya, dengan cara paling pantas.

Kredit : Daily Mail

Satu teknik seni mempertahankan diri unik dan berlainan yang boleh difikirkan dan mungkin dapat dipraktikkan dengan mudah.

Lihat rakaman video teknik  pertahanan diri menggunakan monopod ini di bawah.

Kredit: ODN/Youtube

Sumber : Elite ReadersODN/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds