Pada 21 Oktober lalu, satu akaun Facebook dikenali sebagai Sarawak Viral telah mengongsikan satu kisah melucukan tentang bagaimana dua remaja lelaki telah dihukum untuk tidur di sebuah kawasan perkuburan kerana mengganggu penduduk kampung dengan menyamar sebagai hantu pocong!

Kredit: IMDB

Dikhabarkan kedua-dua remaja berkenaan sengaja berpakaian seperti hantu pocong dengan ‘membungkus’ diri mereka menggunakan kain putih. Remaja-remaja ini kemudiannya cuba mengganggu orang-orang kampung yang lalu-lalang di sekitar kawasan tersebut.

Bagaimanapun, taktik kotor mereka ini akhirnya diketahui orang ramai dan menyebabkan mereka ditangkap sewaktu sedang ‘beraksi’ menakutkan penduduk kampung…

Sebagai hukuman kepada perbuatan tersebut, kedua-duanya telah dibawa ke kawasan perkuburan dan diarahkan untuk menghabiskan masa sepanjang malam untuk tidur di kawasan berkenaan.

Kredit: Facebook

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian di Facebook itu telah berjaya menarik lebih daripada 10,000 perkongsian dengan 4,800 jumlah komen!

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap hukuman yang dikenakan ke atas kedua-dua remaja berkenaan. Ada yang beranggapan hukuman itu agak keterlaluan tetapi majoriti bersetuju dengan hukuman tersebut.

Salah satu komen netizen yang dapat kami kongsikan adalah:

“Sepatutnya jangan biarkan mereka tidur bersebelahan, nanti mereka berbual sesama sendiri.”

Namun begitu, segelintir netizen berpendapat bahawa masih wujud individu ketiga yang terlibat secara tidak langsung dalam kes ini dan perlu ditangkap serta dihukum segera.

Kredit: Facebook

“Saya rasa orang yang mengikat mereka dengan kain putih itu masih bebas di luar sana. Kita perlu menangkap mereka juga,” komen seorang netizen.

Diharap insiden ini dapat dijadikan pengajaran kepada kedua-dua remaja itu dan juga orang ramai di luar sana agar tidak melakukan sesuatu perbuatan tanpa berfikir terlebih dahulu.

Sumber: World of BuzzSarawak Viral

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh HIBURAN INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds