Dunia sudah terbiasa menerima aduan daripada penumpang kapal terbang di lapangan terbang yang tidak bernasib baik apabila menjadi mangsa penerima bagasi yang rosak, musnah atau hilang, angkara pekerja pengendali bagasi yang tidak bertanggungjawab. Namun, etika kerja seorang pengendali bagasi dari Afrika Selatan ini wajar dijadikan contoh dan tauladan buat pekerja yang lain.

Janine Brand melakukan perjalanan dari Capetown ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lanseria, Afrika Selatan apabila beliau terserempak dengan satu senario hebat ketika sedang menunggu beg pakaiannya keluar dari ruangan bagasi.

Di hadapannya terlihat seorang pekerja yang mengendali bagasi di situ bernama Ephraim Sibeko yang sedang bekerja dengan penuh tekun dan teliti dalam memastikan setiap bagasi berada dalam keadaan tersusun, memusing perut bagasi  ke atas dengan pemegangnya menghadap ke hadapan, supaya para penumpang dapat mengambilnya dengan mudah.

Kerja Ephraim Sibeko yang sangat teliti telah memberi kemudahan dan kesenangan kepada para penumpang, yang akan dapat mengambil beg pakaian mereka dengan pantas sebaik sahaja melihatnya.

Janine berasa amat tersentuh apabila melihat pemuda ini dengan keadaannya yang membongkok memerhatikan satu persatu bagasi itu dan terus menyusun dan membetulkan posisi beg pakaian menjadi mudah untuk diambil oleh para penumpang. Janine kemudian memuat naik video yang dirakamnya di halaman Facebook sehingga menjadi tular.

Janine Brand menulis, “Ini adalah Ephraim Sibeko… Sekiranya anda sering mengembara dalam kehidupan anda, saya mempertaruhkan wang 1,000 jika pernah melihat seseorang mengendali beg bagasi anda seperti mana yang dilakukan oleh Ephraim. Pemuda ini memusingkan setiap bagasi dengan pemegangnya menghadap ke hadapan. Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya terus mengambilnya dan pergi.”

Janine menulis,“Apabila anda berada di Lapangan Terbang Lanseria dan terserempak dengan Ephraim, berhenti, sapanya sambil memberi tip dan ucapan terima kasih kerana tiada tempat di dunia yang menerima servis kelas pertama seperti itu, kecuali jika anda membayar untuknya.”

Kata Janine lagi, “Kongsikan video ini bersama rakan-rakan anda yang terbang melalui Lapangan Terbang Lanseria. Lelaki ini sepatutnya dinaikkan pangkat menjadi pengurus latihan pengendali bagasi global.”

Rakaman video ini telah ditonton sebanyak 1.4 juta kali dengan ribuan netizen yang memberikan reaksi dan rasa kekaguman dengan etika kerja Ephraim Sibeko yang hebat.

videoPlayerId=df884d6ba

Ad will display in 09 seconds

Sumber : Janine Brand / Facebook , Goodtimes

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds