Eskalator atau tangga bergerak pertama di dunia yang diperkenalkan kepada orang awam ialah di Coney Island, New York pada tahun 1896 dengan idea ciptaan Nathan Ames dan dipatenkan oleh Jesse W.Reno. Kini jutaan penduduk dunia menggunakan eskalator moden bertangga pemijak bercorak timbul dengan garisan vertikal. Reka bentuk ini bukan kerana untuk mengetengahkan idea perekanya, tetapi ia mempunyai tujuan serta elemen penting sebagai peranti kejuruteraan dan mekanikal.

Kredit : thyssenkrupp Elevator

Terdapat sebab mengapa tangga bergerak itu perlu direka bersama tangga pemijak bercorak timbul dengan garisan vertikal yang signifikan.

Mengapa setiap tangga di eskalator bercorak timbul?

Kredit :  mimagephotos/depositphotos   / adamson/depositphotos

Semasa musim luruh dan sejuk, tangga eskalator akan mengumpul banyak air yang membuatnya menjadi licin. Untuk mengelak pengguna tangga bergerak daripada terjatuh dan tercedera, setiap tangga direka dengan garisan vertikal bercorak timbul. Tujuannya bagi meningkatkan kuasa tarikan di antara kasut pengguna dan tangga di eskalator.

Kredit :  etaphop/depositphotos

Pelbagai jenis sampah kecil seperti pembungkus gula-gula atau kertas tiket yang tidak berguna selalunya akan terjatuh di atas tangga yang sedang bergerak. Jika setiap tangga berpusing dengan keadaan yang licin tanpa garisan vertikal, kesemua sampah kecil akan berkumpul di bawah plat sesikat yang berada di atas dan di bawah platform hingga merosakkan eskalator. Akan tetapi, oleh kerana permukaan tangga eskalator bercorak garisan vertikal yang timbul, kesemua sampah akan dibawa ke permukaan lantai yang berada di bawah eskalator.

Mengapa pemegang tangan bergerak atau berputar lebih pantas daripada tangga?

Kredit :  Maridav/depositphotos.com

Semasa kerja menyelenggara eskalator dijalankan, panduan gear yang sentiasa bergerak akan haus dan kelajuan pada pemegang tangan akan semakin bergerak perlahan. Ini memberi isyarat bahawa eskalator perlu dibaiki dan diselenggara.

Dengan kebijaksanaan pencipta eskalator memikirkan keselamatan dan kemudahan pengguna, kita tidak perlu bersusah payah menaiki tangga dengan menggunakan lebih tenaga, disamping berasa selamat dan selesa.

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds