Kecuali bagi mereka yang mengalami alahan kepada kentang, semua orang pasti sukakan hidangan kentang putar. Hidangan ini agak enak untuk dimakan dengan pelbagai resepi lain seperti ayam goreng serta ayam dan daging panggang. Jika makan begitu sahaja juga sudah menyelerakan.

Akan tetapi, untuk menyediakan hidangan ini, anda mungkin mengalami sedikit masalah untuk mendapatkan rasa kentang putar yang lazat seperti yang dihasilkan di restoran KFC.

 

Kredit :  Recipes By Carina (YouTube)

Di bawah adalah 7 tips dan petua wajib untuk mendapatkan hidangan kentang putar yang lebih lazat, berkrim dan sempurna.

#1. Gunakan kentang ‘russet’ atau ubi kentang yang mempunyai kandungan kanji yang tinggi.

Kredit :  Potato Goodness

Untuk dapatkan tekstur kentang putar paling berkrim, gunakan kentang ‘russet’, atau jenis ubi kentang memiliki kandungan kanji yang tinggi, seperti Yukon Gold.

Ini kerana sekiranya ubi kentang mempunyai kandungan kanji yang tinggi, ia dapat menyerap bahan-bahan seperti krim, susu dan mentega dengan lebih baik, manakala kentang yang mempunyai kandungan kanji yang rendah akan menghasilkan kentang putar yang bertekstur liat.

#2. Kupas kulit kentang terlebih dahulu sebelum merebusnya.

Kredit :  The Cookful

Sesetengah orang suka menghancurkan kulit kentang ke dalam hidangan kentang putar, tetapi bagi mereka yang sukakan tekstur kentang putar yang lebih berkrim, kupaskan kulit kentng terlebih dahulu. Ini bagi memastikan tiada cebisan kulit kentang termasuk dalam hidangan kentang putar anda.

#3. Perisakan dengan garam ke dalam air rebusan kentang.

Kredit :  Food52

Langkah ini penting supaya hidangan kentang putar anda tidak berasa tawar. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan memasukkan garam dengan secukup rasa terus ke dalam air rebusan kentang. Ini akan membolehkan rasa hidangan kentang putar  akan menjadi lebih sekata.

#4. Masukkan kentang ke dalam air sebelum ia mula panas dan mendidih.

Kredit :  lifeofthepartyalways

Untuk memasak ubi kentang dengan lebih sekata, anda harus memasukkan kentang ke dalam air sebelum ia bergelegak atau mendidih. Sekiranya anda memasukkan kentang ke dalam air yang sudah mendidih, kentang mungkin tidak akan dimasak sehingga empuk lalu akan terdapat cebisan-cebisan kentang yang kurang masak dalam hidangan kentang putar tersebut.

#5. Hancurkan kentang yang sudah masak dengan sedikit air rebusan.

Kredit :  Highland Ranch Foodie

Ketika merebus kentang, banyak kandungan kanji kentang akan terlepas ke dalam air. Dengan menggunakan sedikit air rebusan dalam proses menghancurkan kentang, ia dapat menambah semula kandungan kanji ke dalam hidangan untuk mendapatkan anda kentang putar yang lebih gebu dan cantik.

#6. Gunakan mentega dan krim pada suhu bilik.

Kredit :  Serious Eats

Anda harus menggunakan bahan tenusu seperti mentega dan krim pada suhu bilik supaya kesemua kentang yang dilenyek akan dapat menyerapkannya dengan lebih baik.

#7. Jangan campurkan kentang putar anda terlalu banyak.

Kredit :  MNN

Ini adalah perkara yang dianggap salah ketika memasak kentang putar. Sebenarnya, anda seharusnya mengurangkan proses melenyek dan menghancur kentang mengikut kadar berpatutan dengan sabar. Ini kerana jika kentang dihancurkan dengan berlebihan, kandungan kanji kentang akan hilang. Kehilangan kanji kentang juga akan membuat hidangan kentang putar menjadi liat dan tidak enak untuk dimakan.

 

Kredit :  Bon Apetit (YouTube)

Diharap petua dan tips ini akan menjadi panduan yang berguna untuk anda. Selamat mencuba!

Sumber : SAYS

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular

Ad will display in 09 seconds