Kita semua tahu bahawa Dwayne “The Rock” Johnson adalah seorang lelaki sejati yang benar-benar bertukar kepada seorang yang lembut apabila berkaitan dengan anak perempuannya, dan semua peranan lelaki sasa dan tegas ini hanyalah sekadar peranan dalam sesuatu watak yang dimainkan olehnya.

Jika anda hanya perhatikan watak-watak yang dia mainkan atau melihat rutin senamannya, anda akan berkata bahawa dia hanya sesuai dalam watak filem aksi seperti tergantung tinggi ketika pembuatan filem “Skyscraper” ataupun membuat senaman mengangkat berat untuk mengekalkan fizikalnya.

Sumber: Instagram | TheRock

Tetapi lelaki sasa ini nampaknya tidaklah begitu tegas dan kasar seperti yang kita lihat apabila laman sosial Instagram menunjukkan dirinya yang sebenar. Melihatkan gambar-gambar yang telah dimuat naik dan kelihatan gambar tiga anak perempuannya, Simone yang berusia 17 tahun, Jasmine berusia dua tahun, dan bayi Tiana Gia memegang jari ayahnya, dan mereka adalah dunia bagi The Rock.

Semasa Tiana dilahirkan pada bulan April, The Rock membantu dalam proses kelahiran tersebut, dan kemudian menulis:

“Saya dibesarkan dan dikelilingi oleh wanita-wanita yang kuat dan penuh kasih sayang sepanjang hidup saya, tetapi selepas menyertai proses kelahiran bayi Tia, sukar untuk menyatakan rasa cinta, rasa hormat dan kekaguman yang saya ada untuk Lauren Hashian dan semua wanita-wanita di luar sana.”

Sumber: Instagram | TheRock

Dia memasuki dunia ini enam bulan lalu pada hari Rabu, jadi ayah yang lembut ini mengambil peluang untuk menghiburkannya, menulis “Selamat ulang tahun bulan ke-6 untuk pengganggu kami, Tiana Gia. Kami merupakan keluarga bukan tradisional, jadi kami meraikan segala-galanya! “

Kita tidak boleh tidak menyukai kata-kata itu – hidup adalah tentang meraikan perkara-perkara kecil.

Lihat bagaimana The Rock menghiburkan anaknya dengan menyanyikan lagu hari jadi padanya

Kredit: therock/Instagram

Sumber: therock/Instagram, Inspiremore

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds