Ahli psikologi mengatakan setiap kelakuan atau tindakan ibu bapa mereka boleh memberi kesan terhadap hidup mereka selama-lamanya, terutamanya ketika mereka di usia muda. Menurut kajian, lebih daripada 1/3 perkahwinan, pasangan mengakui melakukan perbuatan curang dan 35% yang lain akan menunjukkan tidak taat kepada pasangannya, mengakui bahawa mereka akan melakukannya lagi.

Kadang-kadang ibu bapa mungkin tidak menyedari kesan daripada perbuatan mereka dapat merosakkan kehidupan anak-anak mereka.

Di bawah, terdapat beberapa penyelidikan dan laporan menunjukkan bagaimana perbuatan curang dan tidak taat mempengaruhi psikologi kanak-kanak sepanjang hidup mereka.

1. Mereka menyalahkan diri mereka.

 

Sumber: arageek.com

Kanak-kanak cenderung menyalahkan diri mereka sendiri apabila melihat keluarga mereka berkelahi. Ini kerana mereka belum mempunyai kematangan emosi dan tidak dapat mengasingkan diri mereka dari ibu bapa mereka, jika ibu bapa mereka melakukan kesalahan jelas terasa bagi kanak-kanak ini.

Mereka merasakan kasih sayang tidak terdapat dalam diri mereka lagi kerana ibu bapa mereka tidak menunjukkan perasaan cinta dan sayang antara satu sama lain. Ini kemudian menjadi perkara biasa bagi mereka dan mereka terus menyalahkan diri mereka ketika membesar, merasakan bahawa kurang kasih sayang dan cinta berpunca dari mereka.

2. Mereka juga menjadi orang dewasa yang tidak taat.

 

Sumber: Daily Mail

Kanak-kanak mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka bahkan mengulangi perbuatan yang pernah dibuat oleh orang tua mereka, kerana mereka menganggap ia adalah perkara biasa yang dilakukan oleh orang dewasa. Menurut ahli psikologi klinikal, 55% daripada kanak-kanak yang ibu bapa tidak setia juga menjadi tidak setia apabila mreka dewasa. Ini kerana kanak-kanak melihat ibu bapa mereka sebagai wira dan contoh. Dalam fikiran mereka, apa yang dilakukan oleh orang tua adalah “perkara yang betul”; jadi mereka membesar perasaan bahawa ketidaksetiaan adalah perbuatan biasa walaupun mereka mengetahui kesalahannya.

3. Rasa takut jika diabaikan.

Sumber: © Irreconcilable Differences / Warner Bros.

Seorang kanak-kanak mempunyai perspektif yang unik bagi keluarga yang dinamik, walaupun ibu bapa mempunyai pandangan berbeza antara satu sama lain. Apabila ibu bapa tidak setia kepada pasangan mereka, anak mereka akan merasakan bahawa orang tuanya tidak setia kepada seluruh keluarga. Mereka merasakan bahawa pasangan yang dicurangi itu mendapat pengkhianatan dan diabaikan. Oleh itu, kanak-kanak yang membesar dalam keluarga ini mempunyai rasa takut terhadap hubungan mereka kelak.

4. Berdepan dengan pengkhianatan yang teruk.

 

 

Sumber: Focus on the Family

Kanak-kanak tidak peduli jika rakan atau saudara mara mereka melakukan pengkhianatan terhadap mereka, kerana mereka mempunyai ikatan istimewa dengan keluarga mereka sehingga membuatkan mereka tidak merasai sakit hati. Tetapi pengkhianatan antara ibu bapa mereka sebaliknya boleh menjejaskan diri mereka secara mendalam. Ini kerana mereka merasakan bahawa ikatan khusus dalam keluarga mereka telah rosak dan rasa takut terhadap ketidakpastian meningkat.

Mereka akan mula mempersoalkan kebenaran dan bukan kepada masa depan. Kanak-kanak merasakan bahawa mereka tidak dapat merasai keselesaan dalam keluarga yang pernah mereka miliki dan ini adalah pengkhianatan yang paling buruk yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja pada usia muda.

5. Rasa tidak mempercayai

 

Sumber: Psychology Today

Mengikut kajian tentang psikologi klinikal, 70% kanak-kanak yang mengalami rasa tidak mempercayai dalam hubungan ibu bapa mereka sebagai orang dewasa. Mereka mempercayai jika salah satu daripada orang tua mereka seperti ditipu, mereka juga menyangka bahawa mereka akan ditipu. Mereka berasa sukar untuk mempercayai pasangan mereka dan menyebabkan majoriti hubungan mereka gagal!

6. Tidak mempercayai tentang cinta

 

Sumber: koreatag.blogspot.com

Kira-kira 80% kanak-kanak dengan ibu bapa yang bercerai membesar tidak mempercayai tentang cinta apabila mereka dewasa kelak. Pada usia yang muda, mereka meluangkan masa dengan ibu bapa mereka ketika mereka membesar, mereka merasa ditakdirkan untuk gagal dalam kehidupan cinta mereka, jadi mereka membina tingkah laku yang tidak menunjukkan sebarang kepercayaan tentang cinta.

Sebagai orang dewasa, mereka “tahu” bahawa hubungan mereka tidak akan kekal sedemikian rupa sehingga mereka “sabotaj” hubungan mereka untuk bertindak curang terlebih dahulu. Mereka lebih suka mempunyai hubungan santai yang tidak akan bertahan daripada hubungan yang akan membuat mereka sentiasa mempersoalkan jika pasangan mereka mencintai mereka atau jika mereka akan menipu mereka hanya seperti yang berlaku dengan ibu bapa mereka.

7. Rasa dipaksa untuk memilih pihak.

 

Sumber: johnwhye

Kanak-kanak dilanda dalam keluarga yang bercerai bercerai atau berpisah merasakan mereka terpaksa untuk memilih pihak keluarga kerana mereka berpendapat ini adalah cara terbaik untuk menyokong ibu bapa yang terluka. Dalam minda mereka, mereka ingin memastikan semua orang gembira.

Apa yang penting dalam kes-kes  seperti ini dan cuba mengasingkan anak-anak mereka daripada situasi ini. Kedua-dua ibu bapa harus saling menghormati sewaktu berpisah untuk menghalang anak-anak mereka merasa bersalah atas sesuatu yang BUKAN kesalahan mereka.

Sumber: © Loveless / Sony Pictures Entertainment

Kadang-kadang bercerai dan berpisah tidak dapat dielakkan dalam hubungan dan tidak ada jaminan bahawa perkahwinan akan berlangsung selama-lamanya. Dalam kebanyakan kes, pasangan yang bercerai disebabkan perbezaan cara untuk membesarkan cahaya mata mereka bersama-sama. Walau bagaimanapun, amat penting bagi orang dewasa untuk berfikir tentang bertanggungjawab sebelum menuju kearah perkahwinan yang berkemungkinan akan merosakkan kehidupan ahli keluarga mereka selama-lamanya.

Sumber: Brightside

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds