KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan kegiatan kokurikulum belajar berenang bakal diajar kepada murid sekolah dalam usaha Kementerian Pendidikan mempersiapkan mereka dengan kemahiran itu, sekali gus menangani insiden lemas.

Dr Maszlee Malik berucap pada perasmian penutup “Program Keselamatan Kanak-kanak Sahabat B.I.J.A.K. Selamat & Lindung Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2018” di Dewan Bahasa dan Pustaka. – Foto Khairul Azhar Ahmad

Sumber: Berita Harian

 

Menteri Dr Maszlee Malik berkata, buat permulaan kegiatan itu akan diajar kepada sekolah yang berhampiran dengan kemudahan kolam renang awam.

Katanya, bagi menjayakan inisiatif itu, kementeriannya akan mengadakan perbincangan lanjut bagi menyelaraskan perkara itu dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Pendidikan Negeri.

“Buat permulaan, pengajaran renang ini akan diadakan secara berperingkat untuk murid di sekolah yang berdekatan dengan kolam renang awam.

“Kita dapati banyak kemudahan kolam renang awam di seluruh negara tidak digunakan secara optimum. Jadi, kita kita akan bincang bagi menyelaraskan perkara itu dengan JPN dan PBT.

“Harapan kita pada akhirnya pengajaran renang ini akan diperluas ke semua sekolah sebab hasrat kita ialah untuk mengelak kes lemas kalangan kanak-kanak,” katanya. Dimana sebelum ini, seorang pelajar, 17 tahun meninggal dunia dipercayai terjatuh dan lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Cyberjaya sehingga menyebabkan 6 lagi anggota bomba yang menyelamat turut terkorban akibat dibawa arus deras.

Kredit: Dive Buddy Malaysia

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat B.I.J.A.K: Selamat dan Lindung sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2018 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Kokurikulum renang itu adalah antara empat ‘hadiah’ atau berita gembira diumumkan Maszlee untuk pendidikan tahun depan.

Katanya, langkah lain yang akan dilakukan kementeriannya adalah memastikan semua sekolah yang dibina selamat digunakan dan mesti dapat sijil kelayakan menduduki bangunan (CFO) atau Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) dan Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (CF); memastikan tiada keciciran pelajar dan menggalakkan guru mengutamakan keceriaan kelas selain pengajaran serta mengurangkan beban beg sekolah murid.

Sumber: Berita Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds