PETALING JAYA – Kajian terbaru dari Greenpeace mendapati 90 peratus garam masakan global didapati dicemari mikroplastik. Kajian juga mendapati garam yang dijual di Asia turut mengandungi pencemaran mikroplastik tertinggi.

Kajian yang diterbitkan oleh Sains Alam Sekitar dan Teknologi itu menganggarkan secara purata seorang dewasa yang mengambil garam sebanyak 10 gram sehari mungkin akan memakan kira-kira 2,000 mikroplastik setahun.

Kredit : The Alternative Daily / Gambar Hiasan

Kajian yang dibuat telah menganalisa 39 jenama garam dari 21 negara di seluruh dunia termasuk negara Asean seperti Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Malaysia mendapati terdapat kandungan mikroplastik.

Sampel yang diambil dari jenama garam mendapati garam laut Indonesia mengandungi kuantiti tertinggi mikroplastik. Indonesia juga dianggap sebagai negara pembuang plastik ke dalam laut yang terburuk di dunia.

Kajian juga turut menunjukkan Asia sebagai kawasan panas bagi pencemaran plastik global.

Kredit : National Geographic / Ulet Ifansasti

Ini bermakna ekosistem dan kesihatan rakyat Asia mempunyai potensi berhadapan risiko yang tinggi disebabkan pencemaran mikroplastik di dalam laut yang sangat teruk dan serius.

Jurukempen Greenpeace Asia Tenggara, Mikyoung Kim berkata, “Kajian baru-baru ini menemui plastik dalam makanan laut, hidupan liar, air paip dan garam. Ini jelas menunjukkan tiada jalan keluar bagi mengatasi krisis plastik ini terutama apabila ia terus memasuki kawasan perairan dan lautan.”

Penyelidik yang menjalankan kajian tersebut, Profesor Kim Seung-Kyu berkata penemuan ini menunjukkan pengambilan mikroplastik oleh manusia melalui produk marin amat berkaitan dengan pelepasan plastik di rantau tertentu.

Kredit : Atlanta Journal Constitution /Gambar Hiasan

Tambahnya lagi, “Untuk mengehadkan pendedahan manusia kepada mikroplastik, langkah-langkah pencegahan segera perlu dilakukan seperti mengawal pelepasan plastik yang buruk terhadap alam sekitar dan lebih penting mengurangkan sisa plastik.”

Kajian ini dirancang bersama oleh Kim, yang merupakan seorang profesor sains marin di Universiti Kebangsaan Incheon, Korea Selatan dan Greenpeace Asia Timur.

Sumber : National Geographic , The Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds