Seorang kanak-kanak lelaki dengan sifat ingin tahu yang tinggi berusia dua tahun telah ‘dicekup’ ibu bapanya selepas memusnahkan hasil wang simpanan bernilai RM4,409 dengan memasukkannya ke dalam mesin peracik kertas.

Menurut pasangan suami isteri, Ben dan Jackee Belnap, mereka telah menyimpan wang untuk membeli tiket musim bola sepak Amerika sebagai hadiah kepada bapa Ben. Ben dan Jackee telah menyimpan kira-kira RM4,409 dan memasukkannya ke dalam sampul surat sebelum didapati hilang dari tempat simpanan yang sepatutnya.

Kredit : [email protected]/ Twitter

Ben berkata, “Puas kami mencari wang itu di merata tempat. Kami menyelongkar tong sampah tetapi masih tidak menjumpai sampul surat tersebut. Selepas puas mencari, tiba-tiba Jackee menjerit, ‘Saya rasa sudah jumpa di sini!’ sambil memegang mesin peracik kertas.”

Jackee berkata, “Kami duduk terdiam selama lima minit, dan tidak dapat berbuat apa-apa. Siapa yang sanggup memasukkan wang ini ke dalam mesin peracik kertas?”

Dan pasangan ini kemudian mengesyaki semuanya adalah angkara anak kecil mereka yang sentiasa bersifat ingin tahu, bernama Leo. Leo sering memerhati dan membantu ibunya memusnahkan dokumen dan kertas ke dalam mesin peracik kertas.

Kredit : [email protected]/ Twitter

Kata Jackee, “Leo selalu membantu saya menggunakan mesin peracik kertas apabila melupuskan surat tidak berguna atau dokumen penting yang kami mahu buang.”

Namun begitu, keluarga ini menerima berita baik apabila mereka telah bertanya dan menyerahkan kesemua wang yang telah diracik itu kepada Bahagian Wang, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat untuk menukarnya kepada wang yang baru.

Ben berkata, “Saya telah menghubungi Jabatan Perbendaharaan pada keesokan harinya. Pihak mereka berkata, “Oh! perkara itu kami boleh bantu. Masukkan kesemua wang itu ke dalam beg kecil Ziploc dan kirimkan ia ke Washington D.C. Dalam jangka masa satu atau dua tahun anda akan mendapat kembali wang itu.”

Sumber : CNN , Siakap Keli

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds