Dikejar oleh seekor ayam mungkin kedengaran lucu bagi sesetengah orang tetapi percayalah ini bukan perkara jenaka malah perlu diambil perhatian oleh setiap orang.

Ornithophobia yang bermaksud ketakutan yang tidak normal dan berterusan terhadap burung merupakan salah satu jenis fobia yang dialami oleh manusia di seluruh dunia.

Perkataan “ornithophobia” berasal dari bahasa Yunani iaitu “ornithos” bermaksud burung dan “phobos” pula bermaksud ketakutan.

Tidak dinafikan burung adalah antara haiwan yang comel namun disebalik cantiknya bulu pelepah mereka yang berwarna-warni itu terdapat jenis burung yang menakutkan seperti ayam!

Dalam gambar di bawah ini anda dapat melihat seorang lelaki berlari. Itu adalah perkara biasa. Namun, tahukah anda apakah sebabnya lelaki tersebut berlari?

Adakah kerana hujan sudah turun? Atau adakah seseorang memanggilnya untuk datang segera?

Rupa-rupanya lelaki ini dikejar oleh seekor ayam. Ya, seekor ayam!

Lelaki ini telah berkongsi kisah dia dikejar ayam di media sosial dan mendapat pelbagai tindak balas dari netizen. Ada netizen yang bersimpati kepadanya kerana tahu bagaimana seramnya dikejar oleh ayam.

Ada juga netizen yang beranggapan ayam tersebut mengejarnya kerana mahu mengucapkan terima kasih selepas melepaskannya daripada sangkar.

Selain itu, ada netizen yang berpendapat itu adalah pengalaman yang lebih menakutkan daripada menonton cerita seram di televisyen dan mungkin menjadi mimpi ngeri pada waktu malam.

Bagi anda yang mempunyai fobia seperti ini pasti berasa tidak senang duduk bukan? Terasa seperti anda adalah lelaki itu. Buat anda yang tidak mengalami fobia ini, jangan ketawakan mereka. Ini kerana pengalaman dikejar ayam memang cukup menakutkan dan pasti akan diingati sampai bila-bila.

Sumber: STORYPICK, Boaz or Bozy/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds