TAIPEI – Lapan belas orang disahkan maut dan 175 mangsa yang lain cedera selepas sebuah kereta api penumpang telah tergelincir dan terbalik di timur laut Taiwan pada jam 4.50 petang waktu tempatan, 21 Oktober. Kemalangan kereta api  ini merupakan nahas terburuk di Taiwan sejak tiga dekad.

Kereta api Puyuma Express yang membawa 366 orang penumpang dari Shulin, Bandar Baru Taiwan dalam perjalanan ke Taitung sebelum tergelincir dan terbalik berdekatan Stesen Xinma di pantai timur wilayah Yilan, laluan yang popular di kalangan para pelancong.

Kredit : CNA via AFP / Getty Images

Rakaman imej di media sosial menunjukkan kereta api laju Puyuma Express tergelincir sepenuhnya dan berada dalam keadaan yang bengkang-bengkok di sepanjang landasan. Kesemua lapan gerabak kereta api telah tergelincir dan lima daripadanya terbalik di Stesen Xinma.

Agensi berita Associated Press melaporkan menerusi jurucakap Kementerian Pertahanan Awam, Chen Chung-chi berkata, “Kereta api telah terbalik dan menghempap mangsa, dan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.”

Kredit : AFP

Kira-kira 120 anggota tentera telah dikerah dan bergegas ke tempat kejadian untuk membantu pasukan penyelamat mengeluarkan mayat penumpang untuk dikenal pasti. Setakat 6.30 petang waktu tempatan, 17 penumpang telah disahkan maut di tempat kejadian dan 126 mangsa lagi cedera.

Pasukan penyelamat meneruskan usaha pencarian giat ke atas lebih 30 penumpang yang masih terperangkap di dalam gerabak. Pada jam 9.35 malam waktu tempatan, kesemua 366 mangsa telah berjaya dikeluarkan dengan jumlah yang maut disahkan seramai 18 orang dan 175 mangsa cedera.

Kredit : Taiwan Military via Reuters

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen menerusi halaman Twitter menyifatkan kemalangan yang berlaku sebagai ‘tragedi besar’ dan menyampaikan ucapan takziah kepada kesemua mangsa dan ahli keluarga.

Pihak Pentadbiran Kereta Api Taiwan dalam satu kenyataannya berkata satu pasukan tindak balas bencana telah diwujudkan bagi menyiasat punca sebenar kemalangan. Kesemua mangsa yang tercedera telah dibawa ke empat buah hospital untuk rawatan lanjut.

Lihat video dibawah.

Kredit : Pate Rongan / Twitter

Kredit : CNA / YouTube

Sumber : New York Times, Berita Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds