Semua orang pasti pernah mengalami rasa malas untuk berbuat apa-apa sepanjang hari ketika baru bangun daripada tidur, bukan? Tetapi, hakikatnya anda tidak boleh mengikut kata hati anda kerana anda perlu ke sekolah, tempat kerja ataupun menghadiri temu janji anda dengan doktor gigi?

Nampak gayanya, bukan manusia sahaja yang mengalami masalah sedemikian kerana haiwan yang pintar seperti anjing juga merasainya. Malah, anjing juga telah berjaya menguasai seni ‘penipuan’.

Seperti yang berlaku kepada Lulu ini. Dia nampaknya masih lagi meneruskan tidurnya di katil ‘ibu’ manusianya. Menerusi rakaman aksinya, kita dapat lihat ibunya masuk ke bilik dengan niat untuk mengejutkan Lulu daripada tidur.

Walau bagaimanapun, anjing kesayangannya itu tidak mahu melayan kerana dia tahu benar lokasi yang ibunya mahu pergi bersamanya. Seperti biasa, anjing sememangnya tidak suka dibawa ke klinik veterinar. Jadi, sebab itulah Lulu berpura-pura tidur dan tidak menghiraukan ibunya.

Bijak betul Lulu menunjukkan kemahiran lakonannya itu, walhal ibunya masih memanggil dan menyuruhnya bangun daripada tidur. Bukan itu sahaja, bunya itu juga sempat lagi menggaru belakang telinganya dan mengusap perut Lulu, tetapi Lulu kekal dengan lakonannya.

Lulu, si pelakon handalan

Lulu kelihatan sangat bersahaja ketika ibunya menjerit dan cuba mengejutkannya, lebih-lebih lagi ketika perutnya diusap. Kuat betul dia menahan dirinya!  Nampaknya dia betul-betul berazam untuk meneruskan lakonanya. Ibunya turut cuba mengejutkannya dengan menjerit ‘boo’ dan membuka selimutnya tetapi Lulu masih lagi sama. Semuanya gara-gara ingin ke klinik veterinar! Nampaknya, si ibu tidak akan menyerah kalah!

Ibunya berkata “Anjing yang mati tidak akan mendapat upah”. Mendengar sahaja bunyi bungkusan, Lulu dengan pantas bangun dan matanya pula tidak beralih daripada melihat bungkusan upahnya itu. Barangkali dia ‘berjuang’ habis-habisan sebelum ditumpaskan oleh upah berkenaan. Saksikan video Lulu di bawah :

Kredit: Fun Kiwi Kids/Youtube

Sumber: Fun Kiwi Kids/Youtube, Happiest

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds