Door gift‘ atau cenderahati adalah antara perkara yang menjadi tumpuan dalam sesebuah majlis perkahwinan. Telur rebus, sapu tangan, gula-gula yang dibungkus dalam bungkusan yang cantik antara barang yang sering dijadikan sebagai ‘door gift‘.

Namun, seiring dengan perubahan semasa, pemilihan ‘door gift‘ juga turut berubah. Melalui bajet yang disediakan, tuan rumah nampaknya mahu menghargai para tetamu dengan memberi ‘door gift‘ yang lebih menarik dan adakalanya lain daripada yang lain.

Berikut adalah 13 ‘door gift‘ perkahwinan yang sangat jarang diberikan oleh tuan rumah tetapi cukup bermanfaat.

1. Telur mentah yang dibungkus dengan menggunakan tempat letak telur asal. Jangan lupa dilabel kerana khuatir tetamu fikir itu adalah telur rebus.

2. Sepaket mee segera. Boleh dimakan pada waktu-waktu poket ‘kering’ bukan?

3. Roti kosong Gardenia. Tuan rumah memang baik hati!

4. Kicap dan sos cili pun antara ‘door gift‘ yang sangat bermanfaat. Bolehlah digunakan untuk memasak nanti!

5. Serbuk kunyit? Mungkin tuan rumah adalah tukang masak dan mahu berkongsi serbuk kunyit pilihannya dengan orang ramai. Cubalah!

6. Satu bekas gula pasir. Jarang sangat tuan rumah memberi gula pasir seperti ini. Seminggu kita tidak perlu membeli gula pasir tahu!

7. Pisau pencukur. Tidak disangka idea tuan rumah begitu lain daripada yang lain. 

8. Senduk. Sudahlah comel, terasa sayang pula hendak digunakan! 

9. Air mineral botol kecil. Kalau dahaga, inilah yang disambar dahulu.

10. Ubat gigi. Ternyata, wang bukanlah masalah, asalkan ‘door gift‘ tersebut memberi manfaat buat tetamu yang hadir.

11. Susu pekat. Jangan merungut pula apabila dapat ‘door gift‘ seperti ini. Biarpun berat tetapi sangat berguna bukan?

12. Tuala muka. Ringkas tetapi sangat berguna. Boleh terus digunakan untuk mengelap peluh!

13. Jam dinding. Biasanya kita menghadiahkan jam dinding untuk pengantin tetapi kali ini, tuan rumah pula yang menghadiahi tetamu jam yang cantik seperti ini. Memang unik!

Ternyata unik dan gempak bukan ‘door gift‘ tersebut? Ada barang yang tidak terlintas pun di fikiran kita untuk dijadikan ‘door gift’ contohnya pisau pencukur tadi.

Walau apapun, kita perlu lebih peka dan bijak dalam menguruskan bajet majlis perkahwinan demi mengelakkan pembaziran terutamanya ‘door gift’.

Ini kerana, ‘door gift‘ sering dilihat sebagai perkara yang kecil tetapi itulah sebenarnya bahagian yang memerlukan perbelanjaan yang cukup besar. Oleh itu, bijaklah dalam memilih ‘door gift‘, biar tidak nampak mahal asalkan bermanfaat untuk tetamu.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds