KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semalam (18 Oktober) mengulangi janji Pakatan Harapan bahawa perdana menteri, menteri-menteri besar dan juga ketua-ketua menteri hanya dibenarkan berkhidmat bagi tempoh maksimum dua penggal sahaja.

Kredit: Roket Kini

Pengumuman berkenaan telah dibuat sewaktu sesi sidang semakan pertengahan penggal bagi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Parlimen.

“Had penggal bagi jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri akan dihadkan kepada dua penggal. Perdana Menteri juga tidak akan memegang mana-mana portfolio,” kata Dr Mahathir.

Kredit: The Straits Times

Sebelum ini, Dr Mahathir menerima kecaman dan kritikan ramai apabila beliau mengumumkan diri beliau sebagai Menteri Pendidikan. Bagaimanapun, beliau mengubah keputusan berkenaan dan melantik Maszlee Malik untuk menyandang jawatan tersebut.

Kemudian pada Ogos lalu, Dr Mahathir memaklumkan bahawa penggubalan kepada Perlembagaan Persekutuan akan mengambil masa yang lebih panjang untuk dilaksanakan termasuklah menetapkan had penggal perkhidmatan bagi seseorang perdana menteri.

Kredit: Malay Mail

Bagaimanapun, cadangan untuk melaksanakan had penggal ini tidak termaktub kepada timbalan perdana menteri.

Sumber: Malay Mail, Says

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds