Berita baik bagi sesiapa yang mahu berkunjung ke Jepun pada bulan ini. Hal ini kerana, bunga sakura yang sememangnya sangat ikonik di Jepun dan lazimnya mekar pada musim bunga kini berbunga pada musim luruh!

Kredit: asia2fun

Menurut Channel News Asia, sebuah firma meteorologi, Weathernews, mengumumkan bahawa terdapat lebih daripada 300 orang penduduk di Jepun telah mendakwa mereka melihat bunga berkenaan yang bewarna merah jambu dan putih mekar di kawasan kejiranan mereka menerusi satu pemerhatian yang dijalankan.

Seorang pakar Persatuan Bunga Jepun menjelaskan bahawa fenomena mengejutkan ini disebabkan oleh corak cuaca yang agak luar biasa melanda Jepun pada tahun lalu.

Kredit: BBC

Hiroyuki Wada berkata kepada NHK bahawa satu ribut yang kuat telah menggugurkan daun-daun pokok berkenaan lalu melepaskan bahan kimia yang menghalangnya mekar sebelum musim bunga.

Satu siri panas luar biasa setelah taufan aktif juga boleh mengelirukan tumbuhan untuk berbunga. “Keadaan seperti ini pernah berlaku dahulu, tetapi saya tidak pernah melihat skala seperti ini,” kata Hiroyuki.

Kredit: Kyuhoshi

Jadi, bagi sesiapa yang merancang untuk melawat Jepun untuk melihat bunga sakura mekar pada musim bunga akan datang, jangan bimbang kerana kejadian yang tidak disangka ini tidak menjejaskan jadual asal mekarnya bunga sakura berkenaan.

Kredit: Chris McGrath/Getty Images

Namun, bunga yang telah mekar pada musim sekarang, tidak akan mekar pada musim bunga akan datang. Walau bagaimanapun, Wada menambah, “Saya tidak fikir ia akan menjejaskan bunga sakura untuk mekar pada tahun depan”, akhirinya kepada NHK.

Sumber: Says, Channel NewsAsia

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds