PETALING JAYA –  Pada 16 Oktober yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengehadkan umur minimum pembeli minuman beralkohol ialah 21 tahun.

Kredit: Gnavi

Terdahulu, pembeli yang berumur 18 tahun diberi kelonggaran untuk membeli minuman beralkohol namun perkara itu telah dikemaskini selaras dengan perubahan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan terhadap Peraturan Makanan Negara 1985.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan pada Selasa (16 Oktober) lalu, ialah setiap penjual mesti memaparkan notis “Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan” / Drinking Alcohol Can Endanger Health” di hadapan kedai di mana minuman beralkohol dijual.

Kredit: The Star

Satu label amaran yang serupa dengannya juga perlu dipaparkan pada bungkusan semua minuman beralkohol.

Penjual juga perlu memaparkan tanda had umur yang menghalang pembeli berumur bawah 21 tahun daripada membeli minuman tersebut.

Kredit: members.wto.org

Peraturan-peraturan yang dipinda tersebut juga menghendaki minuman beralkohol yang dijual hendaklah dipamerkan dalam kabinet atau rak yang berasingan daripada barang lain.

Kegagalan untuk mematuhi Peraturan 361 yang dipinda ini serta Peraturan 386A yang baharu mengenai Compounded Hard Liquor (CHL) dianggap satu kesalahan.

Sesiapa yang didapati bersalah melanggar undang-undang tersebut akan dikenakan denda tidak melebihi RM10 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Kredit: WORLD OF BUZZ

Kementerian Kesihatan turut menjelaskan bahawa piawaian CHL yang baharu diwujudkan itu adalah untuk mengawal keselamatan dan kualiti produk serta memberikan maklumat yang tepat kepada pengguna.

CHL ditakrifkan sebagai gabungan daripada satu atau lebih jenis alkohol seperti wiski, rum, vodka dan brendi dan ethyl alcohol tambahan yang mana berasal daripada pertanian atau penyulingan berasaskan pertanian.

Selain itu, piawaian terbaharu itu menyatakan bahawa produk CHL hanya boleh dijual dalam botol kaca dengan minimum kuantiti sebanyak 700 ml sahaja.

Kredit: Sharecare

Sumber: STAR ONLINEWORLD OF BUZZ

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds