Heart Urchin merupakan sejenis landak laut yang berbentuk seperti hati dan mempunyai tanduk berduri pada kulitnya sekali gus membuatkan hidupan unik ini kelihatan seperti berbulu.

Baru-baru ini, kawasan pinggir pantai Kimberley yang terletak di bahagian utara Australia menjadi perhatian ramai apabila para pengunjung pantai berkenaan telah menemui sejenis hidupan yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Kredit: ABC News

Janelle Saffrey merupakan salah seorang individu yang pertama kali menyaksikan kewujudan hidupan laut yang aneh itu selama 30 tahun dia tinggal di sana. Menurutnya, haiwan itu mula memunculkan diri ketika air laut di Pantai Broome’s Cable surut.

“Saya tertarik dan kagum. Saya hanya pernah melihat tulang rangka Heart Urchin ini. Saya belum pernah melihat haiwan ini hidup seperti itu. Haiwan yang sangat cantik,” kata Janelle.

Pakar ekologi percaya kemunculan Heart Urchin ini adalah disebabkan oleh paras air laut yang mulai surut di pantai berkenaan. Menurut Dr Malcolm Lindsay dari Environs Kimberly:

“Saya berpendapat orang ramai berpeluang untuk melihat haiwan ini sekarang kerana paras air laut yang sedang surut dan pasir mulai dihanyutkan ke dalam laut.”

Kredit: ABC News

Tambah Dr Lindsay, “Saya tidak pasti mengapa terdapat banyak Heart Urchin yang muncul di Pantai Cable, tetapi saya rasa haiwan-haiwan ini memang sudah lama berada di sana”.

Dr Lindsay turut memaklumkan bahawa Heart Urchin ini mempunyai perkaitan yang erat dengan tapak sulaiman dan juga timun laut. Namun begitu, Heart Urchin mempunyai kecenderungan untuk menanamkan dirinya sendiri di dalam pasir.

Orang ramai mungkin lebih biasa melihat tulang rangka hiasan Heart Urchin yang dikenali sebagai test. 

Test merujuk kepada terma saintifik bagi cengkerang yang sering dilihat di tepi pantai. Itulah yang tinggal apabila Heart Urchin mati.”

Kredit: ABC News

“Hidupan ini akan berjalan di bawah permukaan pasir untuk memakan alga dan makanan lain yang boleh ditemui di antara butiran pasir. Haiwan ini boleh dilihat di kawasan air cetek sehingga ke kedalaman beratus-ratus meter.”

Kredit: Geordie Young/Youtube

Sumber: ABC NewsSinchewGeordie Young/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds