Pernahkah anda mencuba meniup botol kaca yang kosong dan mendapati ianya mengeluarkan bunyi? Kebanyakan daripada kita pasti pernah melakukan perkara itu tetapi ianya sekadar untuk berseronok dan mencuba perkara baharu.

Bagaimanapun, pada tahun 2005, sekumpulan empat lelaki dari Denmark telah memperkembangkan bakat mereka dalam meniup botol sekali gus menggelarkan diri mereka sebagai ‘The Bottle Boys’.

Kredit: Facebook

Keempat-empat mereka bermula dengan membuat persembahan di jalanan di samping menyertai pertandingan bakat. Kemudian pada tahun 2007, The Bottle Boys melancarkan saluran YouTube mereka dan sehingga kini, mereka telah pun berjaya meraih lebih daripada 100,000 pengikut!

Semakin lama, populariti kumpulan ini semakin memuncak dan boleh dikatakan mereka mula mempunyai peminat daripada setiap pelusuk dunia! Bukan sahaja itu, kumpulan ini juga telah mengembara ke lebih 30 buah negara untuk melakukan persembahan.

Mereka turut pernah dijemput menghadiri rancangan bual bicara kegemaran ramai iaitu Ellen DeGeneres…

Kredit: Facebook

Apa yang membuatkan The Bottle Boys diminati ramai adalah kerana kemahiran dan bakat luar biasa mereka dalam meniup botol. Bunyi yang dihasilkan melalui tiupan botol mereka sangat unik dan bukan biasa-biasa…

Antara bunyi yang pernah dihasilkan kumpulan ini adalah lagu Thriller, Party Rock Anthem, Poker Face dan juga lagu Hari Natal seperti O Come All Ye Faithful dan Winter Wonderland.

Kemudian pada Ogos lalu, The Bottle Boys telah memuat naik sebuah video di laman sosial Facebook yang memaparkan persembahan mereka di Dubai baru-baru ini. Video tersebut berjaya meraih perhatian netizen kerana ia merupakan gabungan 22 lagu dari zaman 1990-an yang dipersembahkan dalam tempoh dua minit!

Kredit: Facebook

Antara lagu yang dimainkan dalam persembahan tersebut adalah Macarena, Mambo #5, Barbie Girl, What Is Love dan banyak lagi…

Tidak hairanlah bagaimana kumpulan ini digilai oleh ramai peminat dari seluruh dunia! Muzik yang mereka ketengahkan bukan sahaja menghiburkan tetapi juga luar biasa unik!

Kredit: The Bottle Boys/Facebook

Sumber: Inspire MoreThe Bottle Boys/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds