Keluarga merupakan harta yang paling berharga buat setiap insan dan memiliki ahli keluarga yang menyayang serta saling memberikan sokongan antara satu sama lain merupakan anugerah terindah!

Dalam video di bawah menunjukkan dua adik-beradik yang sedang bermain bola keranjang bersama-sama. Kedua-duanya turut membuktikan bahawa jalinan perhubungan antara adik-beradik itu adalah sangat manis dibandingkan dengan apa jua perhubungan.

Kredit: Instagram

Walaupun kedua-duanya sering bergaduh dan berbaik semula, Jaxon (abang) dan Freelee Mora (adik) sentiasa membuatkan ibu bapa mereka bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata seperti itu.

Kredit: Twitter

Menerusi video yang dirakamkan oleh bapa mereka iaitu Jalal Abdulsalam, Jaxon dilihat sedang menggalakkan adik perempuannya, Freelee untuk membuat balingan ke dalam jaring.

Namun begitu, sewaktu melakukan lontaran ke jaring, bola tersebut telah melantun keluar ke arah hidung Freelee. Insiden itu membuatkan si comel ini menangis kesakitan. Bagaimanapun, Jaxon yang menyaksikan kejadian itu terus memberikan pelukan untuk menenangkan adiknya.

Kredit: Twitter

Bukan sahaja itu, Jaxon turut menghadiahkan ciuman pada hidung Freelee selain memberikan kata-kata semangat buat adik kesayangannya itu.

“Awak kuat!” kata Jaxon sambil menggenggam tangannya sendiri. Apabila adiknya tetap menangis, Jaxon menawarkan diri untuk mendukung adiknya itu agar adiknya boleh menjaringkan semula bola dengan jayanya…

“Anak-anak saya akan menjadi tular kerana menyebarkan mesej positif, saling sokong-menyokong dan kasih sayang,” kata ibu mereka, Sarahanne Mora.

Kredit: Twitter

Sikap budiman yang ditunjukkan oleh Jaxon yang tidak langsung berasa kecewa dengan adik kecilnya itu benar-benar membuatkan kita semua mengagumi kanak-kanak muda ini. Malah, Jaxon sanggup melakukan apa sahaja yang mampu untuk membantu adiknya mencapai impian.

Sesungguhnya, ikatan yang terjalin antara kedua beradik ini begitu kuat dan diharap akan berkekalan agar mereka dapat menempuhi kehidupan yang penuh onak dan duri ini bersama-sama.

Sumber: Inspire More

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds