Kawasan khas yang menempatkan penanaman rumput muhly merah jambu di sebuah taman di bahagian timur China terpaksa ditebas pada Ahad lalu gara-gara tindakan seorang pelancong yang memijak rumput istimewa itu ketika cuba mengambil gambar swafoto.

Rumput muhly merah jambu itu dilaporkan kembang mekar selama dua bulan semasa musim luruh. Bagaimanapun menurut laporan portal berita Shanghai iaitu Thepaper.cn, kawasan berkenaan yang terletak di taman Binjiang, Hangzhou mengalami kemusnahan total walaupun baru dua minggu berkembang.

Terdapat juga beberapa gambar yang disiarkan oleh media China menunjukkan bagaimana para pelancong tidak mengendahkan halangan bertali yang diletakkan bagi melarang mereka memijak kawasan itu.

Selain memijak, para pelancong juga dilihat duduk dan berbaring di atas kawasan rumput muhly berkenaan untuk mendapatkan hasil gambar terbaik. Kejadian ini disaksikan sendiri oleh penjaga taman berkenaan dikenali sebagai Zheng Xianhua yang telah berkhidmat selama tiga tahun.

Memetik kenyataannya kepada Thepaper.cn, Zheng sudah lama berkhidmat untuk menjaga kawasan rumput muhly berkenaan yang diimport dari Australia sehinggakan suaranya mulai berubah menjadi garau kerana sering menjerit dan memarahi pelancong.

Bagi melindungi rumput muhly tersebut dan berharap ia akan kembali mekar pada tahun hadapan, seluruh kawasan itu terpaksa dibersihkan.

Insiden ini membuatkan ramai netizen mula melontarkan pelbagai komen yang menggambarkan perasaan marah mereka.

“Tidak kisahlah betapa cantiknya gambar itu, pasti agak memalukan untuk memuat naik gambar itu di media sosial.”

Sumber: South China Morning PostCocomy

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds