Seorang peternak kameleon di Afrika Selatan telah berkongsi video luar biasa yang menunjukkan saat seekor kameleon betina melahirkan anak kecilnya di tangan peternak.

Anaknya yang hanya satu berukuran satu sentimeter panjang, dapat dilihat dengan tenang merangkak ke bawah telapak tangan Aldo Kleyn hanya beberapa saat setelah ibunya melahirkannya.

Kameleon spesies Knysna Dwarf ini telah melahirkan 26 ekor anak dengan mengambil masa satu jam dan 13 minit untuk melahirkan kesemuanya.

Encik Kleyn yang berusia 54 tahun, mengatakan bahawa kameleon betina itu berminat untuk melahirkan di tangannya untuk mengelak daripada anaknya dimakan oleh kameleon jantan.

Beliau berkata: “Ramai orang telah bertanya kepada saya tentang video tersebut dan bertanya mengapa dia melahirkan anak di tangan saya dan bukannya di pokok. Apabila kameleon betina melahirkan anak, si jantan akan cuba memakan beberapa ekor anak kecil itu. Mereka agak ganas.

Ibu kameleon ini menjangkau saya dan saya menyedari dia tidak mahu melahirkan anaknya di pohon pokok. Pada mulanya saya meletakkannya di pokok dan dia telah melahirkan tiga ekor anak, tetapi ia tetap mahu kembali ke tangan saya.

Ia sangat luar biasa untuk melihatnya. Bayi terbentuk dengan sempurna ketika mereka keluar. Sesetengah orang telah bertanya bagaimana ia memberi makan kepada mereka semua, sebenarnya bayi-bayi itu menjaga diri mereka sendiri dari saat lahir.

Saya tidak pasti apa jenis kesakitan yang dialami olehnya ketika melahirkan anak. Kameleon betina akan melahirkan anak setahun sekali. ”

Encik Kleyn mengatakan dia mempunyai inkubator khas yang dicipta untuk anak kameleon dari saat mereka dilahirkan.

Kameleon menggunakan lidah untuk menyerang mangsa, yang dikatakan dua kali panjang badannya, dan makan buah-buahan serta lalat kecil dalam beberapa minit selepas kelahiran.

Encik Kleyn berkata: “Dalam masa tiga minit mereka sudah boleh mula makan. Mereka sangat lemah untuk bulan pertama terutamanya. Anda perlu berhati-hati dengan mereka. Apabila mereka dilahirkan, mereka berwarna hitam coklat dan bertukar warna kuning air selama lima hingga enam bulan.

Dari enam atau tujuh bulan, mereka sudah pandai menukar warna. Mereka dapat tukar kepada warna penuh ketika kira-kira berusia satu tahun.”

Encik Kleyn mengatakan bahawa dia telah membesarkan dan menjaga anak kameleon sejak menyaksikan seekor kameleon ditindih oleh kenderaan 12 tahun lalu.

Kameleon tinggal di pokok-pokok di rumahnya – dengan seekor kameleon jantan dapat bergaul dengan 100 ekor betina pada satu masa.

Kelahiran sejumlah besar anak kameleon ini memberi makna yang istimewa bagi Encik Kleyn, yang kehilangan rumahnya dalam kebakaran yang melanda Kynsna di Cape Storm pada bulan Jun tahun ini.

Tragedi tersebut telah mengorbankan sejumlah besar kameleon kesayangannya yang tidak dapat diselamatkan daripada api.

Encik Kleyn berkata: “Saya berjaya menyelamatkan salah seekor kameleon jantan, yang telah bersama saya selama sembilan tahun. Ia terlalu berbahaya untuk menyelamatkan mereka semua kerana kami terpaksa keluar.

Dengan kelahiran anak kameleon yang banyak ini, saya mesti melakukan sesuatu yang betul. Saya sangat terkejut melihat begitu banyak anak yang dilahirkannya. Anda mesti menjaga mereka sepanjang masa. Ia merupakan kerja sepenuh masa.”

Dan Encik Kleyn mengatakan bahawa anak-anak kecil ini perlu meneruskan kehidupan di alam liar, tersembunyi daripada manusia.

Encik Kleyn berkata: ‘Saya membawa mereka ke hutan apabila mereka cukup umur dan membebaskan mereka. Setakat ini saya telah melepaskan 360 ekor kameleon ke dalam hutan.

Saya gembira kerana orang boleh belajar mengenainya. Ada juga orang yang berhubung dengan saya apabila mereka menemui kameleon dan bertanya apa yang perlu dilakukan.

Ia merupakan satu perkara yang hebat untuk memberi orang ramai pengetahuan tentang kehidupan dan bagaimana untuk menjaga mereka. Ia merupakan satu perasaan yang sangat baik.”

Sumber: Dailymail, cocomy.net

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds