Proses melahirkan anak secara normal merupakan satu kejadian dan pengalaman yang paling indah buat para ibu. Peluang melahirkan bayi tanpa penggunaan ubat-ubatan dengan cara yang menenangkan pasti akan menjadi detik paling berharga yang ingin dirasai oleh setiap wanita di dunia ini.

Namun, pengalaman tersebut tidak dapat dirasai oleh Nicole Ziesemer dan juga suaminya, Matt sewaktu bayi sulung mereka dilahirkan.

Semasa Nicole masih di fasa mengandung, pasangan ini berasa sangat teruja untuk menyambut kelahiran cinta hati mereka. Mereka berdua telah membuat segala persiapa seperti membeli segala keperluan bayi, mendaftar di hospital dan sebagainya.

Kredit: Facebook/Nicole Ziesemer

Bagaimanapun, apabila tiba hari kejadian, tiada seorang pun menyangka bahawa Nicole akan melalui satu proses yang sangat lama dan memenatkan!

Memetik kenyataan Matt kepada Grand Haven Tribune, dia dan Nicole berasa amat teruja kerana bakal bersalin secara normal tanpa melakukan pembedahan.

“Kami memutuskan untuk tidak melakukan ujian ultrabunyi”.

Kredit: Medical News Today

Keputusan itu dicapai bersama memandangkan mereka mahu menerima kedatangan bayi mereka ke dunia ini dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun, apabila air ketuban Nicole pecah dalam tempoh empat minggu lebih awal, pasangan ini sedar segala perancangan asal mereka mungkin akan berubah.

“Kami menelefon doktor bidan kerana kami merancang untuk melahirkan bayi ini di rumah, tetapi memandangkan bayi berusia kurang daripada 36 minggu, kami tidak dapat melakukannya. Jadi, kami putuskan untuk pergi ke Hospital Gerber di Fremont”.

Mereka segera mengemas segala pakaian dan barangan keperluan untuk menuju ke hospital namun sekali lagi dugaan menimpa apabila mereka tersekat akibat berlakunya ribut salji.

Matt cuba sedaya-upaya untuk membawa Nicole ke hospital dengan cepat memandangkan isterinya itu mulai berada dalam kesakitan. Setibanya di hospital, Nicole terus dimasukkan ke bilik bersalin.

Kredit: Facebook/Nicole Ziesemer

Namun begitu, setelah 30 jam berada dalam bilik bersalin, Nicole mulai kepenatan kerana bayinya masih belum mahu keluar melihat dunia. Disebabkan rasa sakit yang teramat sangat, Nicole akhirnya bersetuju untuk menerima pertolongan daripada perubatan moden.

Sesi bersalin diteruskan untuk 10 jam lagi…

Akhirnya, penantian selama 40 jam berakhir dengan berita yang sangat menggembirakan buat Nicole dan Matt. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang bayi perempuan yang diberi nama Blakeley. Bayi itu terus dibawa ke pangkuan ibu kandungnya, satu perasaan yang tidak dapat digambarkan Nicole pada ketika ini.

Namun, secara tiba-tiba, Dr Megan Forshee telah menemui sesuatu yang mengejutkan!

“Saya periksa pesakit dan menyedari ada kepala… Saya sangat terkejut kerana menyangka ada seorang bayi saya tetapi sebenarnya ada dua!”.

Kredit: Facebook/Nicole Ziesemer

Selepas satu jam melahirkan Blakeley, pasangan ini dikurniakan pula dengan kelahiran anak lelaki mereka bernama Cade.

“Ia satu berita yang mengejutkan kerana tiada siapa menjangkakannya. Perkara pertama yang saya fikirkan setelah melahirkan bayi kedua adalah kami perlu membeli segala keperluan baharu untuk bayi Cade.”

Tahniah diucapkan kepada Nicole dan Matt kerana dikurniakan sepasang kembar yang sangat comel. Kepada anda semua, jadikan kisah pasangan ini sebagai pengajaran dan jangan sesekali ketepikan ujian ultrabunyi.

Jika tidak, anda terpaksa melakukan semula segala persiapan kelengkapan bayi di akhir waktu!

Sumber: Faith Tap

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds