SUNGKAI: Sebuah video rakaman litar tertutup menunjukkan seorang pekerja di kaunter stesen minyak Petronas di sini, dipukul dan dibaling objek dalam kejadian yang didakwa berlaku pada 6 Oktober lalu.

Turut menunjukkan laporan polis yang tertera nama mangsa yang berusia 24 tahun mendakwa dirinya dipukul hingga mengakibatkan kecederaan dalam kejadian pada jam 12.45 tengah hari itu.

Sumber: Aboy Anis/Facebook

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

Berdasarkan video berdurasi 42 saat itu, mangsa dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki termasuk yang masih memakai topi keledar dari dalam premis stesen berkenaan sebelum mangsa dipukul hingga terjatuh selain dibaling objek.

Menurut laporan polis yang turut menjadi tular, mangsa yang tinggal di Kampung Changkat Sulaiman mendakwa, seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan mahu mengisi minyak di pam bernombor enam namun tidak memaklumkan jenis minyak RON97 yang mahu diisi menyebabkan dia memberikan RON95.

Berdasarkan laporan itu, lelaki berkenaan tidak berpuas hati walaupun mangsa mendakwa sudah meminta maaf namun tidak diendahkan lalu kumpulan lelaki berkenaan menarik mangsa keluar dan salah seorang daripada mereka memukul dan membaling air tin ke arah mangsa dan mangsa membuat laporan polis mendakwa mengalami kesakitan di beberapa anggota badannya.

Sumber: Aboy Anis/Facebook

Pemilik akaun laman Facebook yang menggunakan nama Aboy Anis yang dipercayai meminta rakan laman sosial menularkan video berkenaan menulis, sahabatnya iaitu mangsa dipukul ketika sedang bekerja di premis berkenaan.

Tulisnya, kejadian dipercayai berpunca akibat tersalah isi minyak sehingga sekumpulan lelaki terbabit dipukul.

Lebih menyedihkan dia menulis mangsa bekerja di stesen minyak Petronas itu untuk menyara hidup adik-adiknya dan kini trauma untuk bekerja di stesen minyak berkenaan walaupun terpaksa menyara hidup adik-adiknya.

Sementara itu, Wan Azharuddin berkata, susulan kejadian itu, pihaknya merakam dua percakapan berhubung kes berkenaan pada 8 Oktober lalu.

“Setakat ini kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: Aboy Anis/Facebook, Siakap Keli

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds