Qasr al-Farid atau lebih dikenali sebagai ‘Istana Sunyi’ merupakan sebuah makam purba yang boleh ditemui di tanah gersang bahagian utara Arab Saudi. Struktur bangunan setinggi empat tingkat ini dikhabarkan dibina melalui proses ukiran daripada sebuah batu gergasi.

Kredit: Saudi-archaeology

Pembinaan Istana Sunyi ini bermula sewaktu era pemerintahan Nabatean pada abad pertama tahun Masihi. Struktur bangunan ini merupakan salah satu daripada 131 makam yang wujud di kawasan berhampiran Hegra, dianggarkan 1,400 kilometer dari Riyadh.

Kredit: Tomasz Trześniowski

Walaupun bangunan bersejarah ini tidak siap sepenuhnya, segala perincian yang dihasilkan pada makam Qasr al-Farid ini menjadikan ianya sebagai satu struktur paling simbolik di Mada’in Saleh.

Kredit: Tomasz Trześniowski

Apa yang lebih mengagumkan adalah bangunan ini masih kekal teguh walaupun terdedah kepada pelbagai agen hakisan seperti cuaca. Pembinaan makam ini ternyata membuktikan bagaimana Nabatean menghasilkan binaan-binaan mereka dengan sangat terperinci!

Kredit: Tomasz Trześniowski

Qasr al-Farid mula menerima banyak perhatian daripada dunia apabila pihak UNESCO menjadikan Mada’in Saleh sebagai Tapak Warisan Dunia pertama di Arab Saudi pada tahun 2008.

Kredit: Saudi-archaeology

Saiz makam yang diukir daripada batu pasir ini begitu besar sekali gus melambangkan status sosial individu berkenaan.

Kredit: Richard Hargas on Wikimedia Commons

Sememangnya satu ciptaan manusia yang mengagumkan!

Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds