Selaras dengan kemajuan dunia, peningkatan kos sara hidup memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Harga barang akan terus naik selari dengan peningkatan kos dan ia bukan sesuatu yang mudah dikawal oleh kerajaan kerana harga sesuatu barang bergantung kepada faktor bekalan dan permintaan.

Jadi, apa salahnya jika budaya membawa bekal ke sekolah atau ke tempat kerja dijadikan sebagai amalan dan alternatif bagi menjimatkan perbelanjaan seharian keluarga. Amalan membawa bekal makanan dari rumah lazimnya bermula ketika di bangku sekolah namun lebih baik jika menjadi kebiasaan setiap hari.

Membawa bekal makanan ke sekolah atau pejabat masakan ibu atau isteri, memberi peluang kepada anak atau suami menikmati makanan yang berkhasiat. Amalan ini juga menjadikan kita lebih peka dengan bahan digunakan dalam menyediakan makanan.

Tidak perlu menyediakan menu yang berat tetapi memadai dengan menyediakan hidangan ringkas. Jadi idea yang dikongsikan oleh Nurul Iman ini cukup praktikal untuk semua golongan.

1. Ayam masak halia bersama salad campur

2. Ikan tumis tomyam bersama timun dan salad

3. Ikan goreng bersama kailan sos tiram

4. Ayam masak lemak cili api bersama bendi yang dicelur

5. Sambal petai tempoyak bersama ayam goreng

6. Ayam masak halia bersama brokoli

7. Ayam gril bersama sayur campur

8. Ayam goreng bersama sup lobak merah

9. Ikan singgang bersama sayur goreng

10. Ikan masak kicap bersama ikan rebus goreng dan salad

Sumber: Nurul Iman/Facebook, SirapLimau

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds