Lima ekor anak anjing hampir menempa maut akibat terperangkap di dalam perigi berlumpur namun berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki yang baik hati.

Lelaki berkenaan menerusi akaun Facebook Surachet Klaewkla memaklumkan bahawa dia telah melihat ada sesuatu yang bergerak-gerak di dalam perigi tersebut yang terletak di sebuah tapak pembinaan.

Dengan perasaan ingin tahu yang menebal dalam dirinya, lelaki ini kemudian mengambil keputusan untuk turun ke dalam perigi tersebut dan memeriksa keadaan sebenar!

“Saya sangkakan ia adalah batu tetapi setelah melihat secara dekat, ia adalah anak-anak anjing!”.

Sejak status berkenaan dimuat naik pada Sabtu yang lalu, ianya telah menarik perhatian para netizen dan dikongsikan hampir 30,000 kali!

Kasihan sungguh haiwan-haiwan kecil ini. Nasib baik Surachet menyedari situasi itu dan bertindak berani untuk menyelamatkan haiwan berkenaan. Selepas diselamatkan, Surachet kemudian memandikan kesemua anak anjing itu dan memuat naik gambar ke Facebooknya.

Pasti anda juga tidak sabar dan teruja untuk melihat bagaimanakah rupa sebenar anak-anak anjing itu setelah dimandikan bukan?

Comel sungguh! Kini, setelah gambar-gambar anak anjing ini dimuat naik ke Facebook, Surachet ingin membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat untuk mengambil haiwan-haiwan ini dan memeliharanya sebaik mungkin…

Ternyata, ramai yang tertarik dan meninggalkan komen masing-masing untuk memelihara anjing-anjing itu.

Sumber: Coconuts

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds