Bantal, walau betapa sayangnya anda untuk melepaskannya, lama kelamaan anda terpaksa membuangnya jua. Penggunaan bantal yang disimpan terlalu  lama boleh menjejaskan kesihatan. Kotoran dan bakteria yang terkumpul selain bentuknya yang telah berubah boleh mendatangkan kesan buruk kepada pengguna.

Namun begitu, sekiranya dibuang terus, terasa rugi pula. Jadi apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan pembaziran bantal di rumah anda?

Dengan sedikit pengubahsuaian, anda boleh menukarkan bantal lama anda menjadi perabot rumah yang baru.

Pada rencana ini kami akan tunjukkan bagaimana anda boleh menghasilkan tilam santai baru daripada bantal lama anda.

Bergantung kepada saiz tilam yang anda kehendaki, sediakan 3 hingga 5 bantal untuk dijahit

tilam1

▼ Anda juga memerlukan kain fabrik yang panjang dan lebarnya mencukupi untuk membaluti bantal-bantal yang ingin diguna semula

tilam2

▼Kemudian jahitkan ruang untuk diletakkan bantal pada fabrik tadi

tilam3

▼ Tilam santai ini sesuai digunakan semua orang tanpa mengira umur. Tilam ini juga boleh dijadikan barang ganti kepada penggunaan sofa di rumah. Penggunaannya mudah dan menjimatkan

tilam4

▼ Tilam santai ini juga boleh dijadikan tempat bermain untuk kanak-kanak

tilam5

▼ Tebarkan fabrik di lantai, susun bantal yang hendak dijahitkan di atasnya, dan ukur jarak di antara bantal tersebut

tilam6

Jahitkan kelim pada fabrik tersebut agar bantal-bantal tadi boleh dimasukkan ke dalamnya

tilam7

Akhir sekali, masukkan bantal ke dalam ruangan yang dijahitkan tadi

tilam8

Penghasilan tilam santai ini bukan sahaja mudah, ianya juga menjimatkan

 tilam9

▼ Tilam santai ini juga tidak mengambil ruang yang banyak di rumah anda selain mudah disimpan. Tilam ini juga boleh digunakan untuk kegiatan di luar rumah seperti berkelah

tilam10

Jangan lupa juga untuk membersihkan bantal lama yang akan digunakan agar tilam santai anda boleh digunakan dengan selesa dan selamat. Selamat mencuba!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular

Ad will display in 09 seconds