Berdasarkan satu kajian yang dijalankan baru-baru ini, dilaporkan 74% ibu bapa di Amerika Syarikat akan mengambil perkhidmatan penjaga bayi sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan.

Majoriti ibu bapa akan melakukan sendiri pemilihan penjaga bayi dengan teliti bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada anak mereka. Kebanyakannya akan menetapkan ciri-ciri penjaga bayi yang mereka mahukan selain mengarahkan agar penjaga bayi mematuhi setiap peraturan di dalam rumah yang telah ditetapkan.

Kredit: Best Medicine

Siapa yang tidak bimbang apabila perlu meletakkan anak sendiri di bawah jagaan orang lain yang tidak dikenali bukan?

Tetapi kadangkala, bukan hanya ibu bapa sahaja yang perlu merasa bimbang. Sebaliknya, penjaga bayi juga mempunyai kerisauannya yang tersendiri apabila perlu menjaga bayi yang bermacam-macam ragam.

Seorang pengguna internet yang dikenali sebagai Twatermellon merupakan seorang bekas pekerja di sebuah tadika telah mengongsikan satu kisah menghiburkan yang pernah berlaku kepada dirinya. Bekas pekerja berkenaan dikatakan pernah berhadapan dengan satu polisi ketat sebelum mengambil tanggungjawab untuk menjaga anak orang lain.

Kredit: Ryan Polei

“Saya pernah bekerja di tadika dan diingatkan untuk tidak sesekali menerima bayi yang sedang tidur. Jika ada ibu atau bapa membawa anak mereka yang sedang tidur, saya akan terus mengejutkan mereka. Tindakan ini membuatkan ramai ibu bapa tidak gemar dengan saya tetapi ia adalah satu polisi.”

Menerusi perkongsian netizen itu, seorang nenek pernah membawa bayi yang sedang tidur untuk dijaga oleh penjaga bayi. Setelah dikejutkan berkali-kali, bayi itu hanya merengek dan tetap enggan membuka matanya.

“Dengan serta-merta majikan saya menghubungi 911 dan dalam kekecohan itu, nenek berkenaan terlepas cakap dan membuatkan kami menghubungi ibu bapa bayi berkenaan.”

Kredit: James Schwartz

“Rupa-rupanya, nenek itu seringkali memberikan sesuatu kepada bayi-bayi yang berada di bawah jagaannya supaya bayi itu tidur sepanjang masa. Kali ini, dia lakukan kepada seorang bayi yang berusia 6 bulan.”

Setelah kejadian itu berlaku, barulah bekas pekerja ini mengerti mengapa polisi yang dianggap remeh dan tidak masuk akal itu perlu dilakukan!

Hal ini demikian kerana kebanyakan pendera akan menyebabkan kecederaan kepada bayi ataupun memberikan sesuatu bagi membolehkan bayi tidur sepanjang pagi. Justeru, apabila bayi berkenaan diserahkan ke tadika, segala kesalahan ke atas kecederaan yang dialami oleh bayi tersebut akan diletakkan kepada pihak tadika.

Lebih menakutkan lagi, apabila bayi itu meninggal dunia, sudah tentu fokus utama pihak polis akan beralih kepada penjaga bayi itu.

Kredit: Destiny Connect

Perkongsian ini membuatkan ramai netizen yang meluahkan rasa terkejut mereka tentang insiden sedemikian rupa.

Menurut seorang netizen yang bernama momoofBeanandBear, “Saya sukarela menjadi penjaga bayi di gereja dan kami menerima bayi yang sedang tidur. Mungkin saya perlu berbincang mengenai perkara ini dengan pengarah kami.”

Walaupun isu penderaan bayi adalah kebenaran yang menyedihkan, info yang dikongsikan oleh bekas pekerja tersebut sudah tentu akan membantu kita semua untuk lebih peka dan berhati-hati selepas ini.

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds