Seperti manusia, haiwan juga beremosi. Emosi pada haiwan ialah perasaan subjektif. Beremosi adalah perkara yang biasa. Kadang-kadang ia boleh menjadi sangat mengecewakan, tetapi ia naluri untuk merasa kecewa dengan perkara-perkara yang mengganggu anda. Walau bagaimanapun, kita tidak tahu apa yang dibebelkan oleh anak anjing kecil ini – tetapi pasti sangat lucu apabila anda mendengarnya!

Kredit: Newsflare/Facebook

Pasti ramai yang tidak pernah mendengar seekor anjing membuat bunyi seperti ini sebelum ini, dia hampir seperti manusia yang sedang ‘mengamuk’. Tetapi, apa yang membuatkan anak najing yang comel ini ‘mengamuk’?

Anak anjing ini mengamuk kerana dia masih belum pandai untuk turun daripada tangga. Banyak anak anjing yang melalui pengalaman yang sama sepertinya. Tetapi keletah anak anjing comel ini lain daripada yang lain dan sangat lucu! dia tidak dapat menuruni tangga rumahnya itu dan mengamuk sambil menjerit.

Anda dapat mendengar anak anjing comel ini menjerit seperti anak kecil ketika tidak dapat turun daripada tangga. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan atau bagaimana untuk turun sehingga dia menjerit dan berteriak.

Adakah haiwan kesayangan anda pernah menghadapi masalah dengan tangga? Kongsi kisah lucu tersebut di bahagian komen.

Sumber: Newsflare/Facebook, Happiest

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds