Setiap haiwan peliharaan pastinya mempunyai ‘perangai’ yang tersendiri. Jika anda memelihara kucing pastinya anda sudah tahu benar dengan sifat mereka yang manja.

Anjing pula mempunyai sifat pelindung. Mereka lebih melindungi tuan mereka seolah-olah tidak membenarkan sesiapa yang tidak dikenali mengganggu tuan mereka.

Kalau boleh tidak mahu sesaat pun kelibat tuan mereka hilang daripada pandangan mereka. Lihat sahaja gelagat anjing ini, Maddie yang dikatakan sering memerhati ke mana sahaja tuannya, Mike Taddeo pergi.


Kredit: Facebook

Mike sering menunjukkan bagaimana Maddie sangat melindunginya. Anjing itu sangat serius dengan tugasnya sebagai ‘penjaga’ Mike.


Kredit: Facebook

Maddie akan berdiri di tepi tingkap dan memerhatikan tuannya keluar. Dalam hatinya mungkin tertanya-tanya mengapa Mike meninggalkannya. Dia juga nampaknya khuatir dengan tuannya. Ke mana Mike pergi, mengapa Mike perlu pergi dan mengapa dia tidak dibawa bersama tuannya.


Kredit: Crazy Buzz/YouTube

Mike kemudian sengaja berjalan melepasi pintu dan di sekitar rumahnya sambil merakam gelagat anjingnya dan tiba-tiba penampakan ‘hantu’ Maddie muncul di setiap tingkap rumah.

Kredit: Giphy

Nampaknya Maddie benar-benar seekor anjing yang mempunyai daya memerhati yang tinggi. Jangan cuba untuk meninggalkannya kerana ‘hantu’ nya ada di mana-mana!

Sumber: INSPIREMORECrazy Buzz/YouTube, mike_taddeo/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds