Penari lelaki dari suku kaum Iban di Sarawak ini memaparkan satu skil persembahan tarian buluh yang mengagumkan. Kita sudah biasa melihat tarian buluh ditarikan oleh para penarinya dan itu pun sudah cukup mendebarkan hati kita. Namun penari dalam rakaman video ini menari tarian buluh dengan aksi mengagumkan apabila matanya telah ditutup dengan sepenuhnya.

videoPlayerId=0f09e1ff1

Ad will display in 09 seconds

Mata penari ini ditutup oleh seorang rakan penarinya dan beliau memulakan langkah tarian apabila mendengar irama hentakan buluh dan paluan gendang.

Amat mengagumkan apabila melihat seorang penari mempersembahkan tarian buluh dengan matanya yang tertutup dan hanya menurut rasa hati dan jiwanya serta mendengar bunyi untuk menyelesaikan satu persembahan tarian buluh yang hebat dan menghiburkan.

Penari keturunan Iban ini dengan penuh yakin menari dan bergerak dengan langkah mengagumkan apabila dapat melepasi setiap batang buluh itu tanpa penglihatan. Beliau hanya menurut kata hati sambil mendengar rentak serta irama hentakan buluh dan paluan gendang sahaja. Sungguh menakjubkan!

Tarian tradisional menggunakan buluh seperti yang ditarikan oleh suku kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak juga menjadi tarian tradisional popular di beberapa negara Asia Tenggara yang lain.

Begitu juga suku kaum di China dan India. Tidak terkecuali terdapat puak asli di Amerika Selatan juga menari tarian buluh seperti yang terdapat di Brazil. Nampaknya di mana ada buluh, di situ juga akan wujud tarian buluh kerana ia sememangnya satu tarian universal yang menghiburkan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds