Syarikat pengeluar kenderaan berlumba-lumba mahu membuat iklan komersial mereka kelihatan unik, luar biasa dan lain daripada yang lain. Namun, iklan komersial syarikat pengeluar kenderaan kebanyakannya kelihatan sama. Oleh itu, syarikat pengeluar kenderaan, Škoda telah mengambil inisiatif untuk membuat iklan komersial mereka kelihatan luar biasa.

videoPlayerId=002dc7a63

Ad will display in 09 seconds

Škoda memutuskan bekerjasama dengan dua orang atlet untuk melakukan rekod dunia.

Di dalam video ini, Škoda menampilkan model Octavia RS 245 wagon berprestasi tinggi yang memiliki 242 kuasa kuda dari enjin 2.0 liternya. Octavia RS 245 juga dilengkapi dengan sunroof, yang membuatkan model tersebut sesuai digunakan untuk melakukan aksi  tersebut.

Seorang manusia biasa tidak mampu untuk melakukan aksi ini, jadi Škoda memilih jurulatih seni mempertahankan diri, Markus Haas dan pemanah Olimpik, Laurance Baldauff untuk melakukan aksi berkenaan.

Pemanah berpengalaman dari Austria tersebut memanah anak panah sementara Markus Haas menangkap anak panah tersebut melalui sunroof kereta tersebut.

Ia mengambil masa 4 bulan untuk pasangan tersebut berlatih dan mempersiapkan diri. Rekod dunia tersebut dilakukan di pangkalan udara Zeltweg di Austria. Škoda ditubuhkan sejak tahun 1926 dan rekod dunia yang dihasilkan ini sesuai dengan logonya yang melambangkan anak panah bersayap.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds