Seorang gadis berusia 20 tahun bernama Valerie Leatherwood bekerja sebagai seorang pengasuh di rumah penjagaan, 52 tahun yang lalu. Rumah penjagaan itu diuruskan oleh beberapa orang biarawati dari gereja berdekatan.

Satu hari, Valerie mendapati dirinya telah hamil dan apabila perkara itu diberitahu kepada penyelianya, pihak pusat penjagaan tersebut bertindak untuk menyembunyikan situasi yang sedang berlaku.

Sebagai seorang anak muda yang masih berfikiran mentah, Valerie menjadi panik dan menurut sahaja perintah biarawati yang kemudian menghantarnya ke pusat penjagaan jauh di pedalaman. Tujuannya bagi menyembunyikan kehamilan Valerie supaya terus menjadi rahsia.

Beberapa bulan kemudian, Valerie melahirkan bayi perempuan yang sihat. Malangnya selepas lima minggu, anak perempuannya itu diserahkan kepada sebuah keluarga sebagai anak angkat.

Selama 52 tahun, Valerie Leatherwood telah menyembunyikan rahsia itu daripada keluarganya dan berfikir beliau akan menyimpannya sehingga mati.

Namun, takdir Tuhan telah menentukan yang Valerie akan bertemu semula dengan anak perempuan rahsianya. Beberapa dekad kemudian, anak saudara perempuan dan abang Valerie telah menjalankan ujian dan menghantar sampel DNA ahli keluarga kepada ancestry.com untuk mencari mana-mana saudara ikatan darah yang tidak mereka kenali.

Kredit : nbc4i.com

Beberapa tahun kemudian, anak perempuan rahsia Valerie mendapat keputusan DNA tersebut dan telah bertanya kepada adik perempuan Valerie, Diana sama ada terdapat sesiapa di dalam keluarga mereka yang telah menyerahkan bayinya sebagai anak angkat di masa lampau.

Diana berasa terkejut dengan pertanyaan itu, kerana beliau tidak pernah melakukan perkara seperti itu. Namun, apabila Diana memberitahu Valerie mengenai panggilan di luar jangkaan tersebut, Valerie menangis dan mengaku yang beliau telah melahirkan seorang bayi perempuan secara rahsia dan menyerahkannya sebagai anak angkat, 52 tahun yang lalu.

Kredit : nbc4i.com

Keluarga Valerie berasa amat terkejut dengan pengakuan Valerie tetapi mereka berasa gembira dengan penemuan itu. Lalu satu pertemuan di antara ibu dan anak buat pertama kali selepas 52 tahun ini telah diatur.

Akhirnya Valerie Leatherwood telah dapat bertemu semula dengan bayi perempuan yang dilahirkan secara rahsia sejak 52 tahun yang lalu.

Kredit : nbc4i.com

Pertemuan semula ibu dan anak perempuan yang amat menyentuh hati dan menggembirakan. Saat indah dan manis yang akan berkekalan dengan ikatan kekeluargaan sepanjang hayat selepas ini. Kali ini, mereka tidak lagi berpisah dan ia bukan lagi rahsia.

Lihat rakaman video pertemuan menyentuh hati dan menggembirakan ini di sini.

Sumber : Happiest

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds