Sekitar minggu lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan pemergian enam anggota bomba sewaktu menjalankan misi mencari dan  menyelamat mangsa lemas di Puchong. Ramai pihak termasuk netizen dan kerajaan meluahkan rasa sedih terhadap insiden terbabit selain berusaha mengumpulkan dana bagi membantu meringankan beban ahli keluarga mangsa.

Kredit: mStar

Baru-baru ini, NST melaporkan kru penerbitan bagi filem Paskal turut sama menyumbangkan dana sebanyak RM30,000 kepada ahli keluarga kepada enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terkorban.

Kredit: Daily Seni

Sumbangan itu telah diserahkan sendiri oleh pengarah urusan kumpulan Multimedia Entertainment Sdn Bhd, Datuk Steven Lim kepada Pengarah JBPM, Azmi Osman dalam satu majlis yang diadakan di ibu pejabat JBPM Selangor.

Kredit: Gempak

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah pengarah filem Paskal iaitu Adrian Teh dan juga barisan pelakon seperti Hairul Azreen, Theeban G, Jasmine Suraya Chin dan juga Ammar Alfian.

Kredit: Cinema

Ujar Datuk Steven Lim, “Sumbangan ini adalah cara kami menunjukkan penghargaan kepada wira tidak didendangkan yang kehilangan nyawa mereka sewaktu bertugas.”

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds