Berjoging di sepanjang pinggir jalan telah menjadi ikutan terutamanya di bandar-bandar besar jika taman-taman untuk senaman ini agak jauh untuk ditujui. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa berjoging di tepi jalan raya sebenarnya lebih memudaratkan daripada menyihatkan tubuh badan anda?

Seorang wanita yang bekerja sebagai penyelidik berusia 34 tahun yang berasal dari Taiwan ini gemar berjoging di jalan raya dan telah melakukannya kerap kali. Anda akan berfikir orang yang aktif dan cergas seperti dia mempunyai kesihatan yang amat baik, tetapi dia telah didiagnosis menghidapi adenokarcinoma, merupakan sejenis kanser yang bermula di dalam kelenjar yang merangkui bahagian dalam organ kita.

Sumber: The Guardian

Dalam kes dirinya, ia adalah paru-paru yang disasarkan oleh sel kanser dan dia sudah berada di peringkat permulaan ketika itu. Dia tidak menyedari akan tahap kesihatannya kerana kanser paru-paru biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala dan dia hanya berjumpa dengan doktor selepas mengalami batuk yang berpanjangan semenjak tahun lepas.

Gejala awal kanser paru-paru termasuklah:

-Batuk yang teruk dan berlarutan

-Kahak berdarah

-Dada berasa sakit ketika bernafas secara mendalam, ketawa, atau batuk

-Sesak nafas

-Bernafas dengan termengah-mengah

-Berasa lemah dan letih

-Hilang selera makan dan penurunan berat badan

Menurut Peter Lavelle (seorang doktor perubatan dari Sydney), diri kita terdedah kepada tahap pencemaran yang tinggi akibat daripada ekzos kereta. Ia meningkatkan risiko untuk menghidapi penyakit jantung dan kanser. Ini kerana ekzos kereta mengandungi ribuan bahan kimia termasuklah:

-Sulfur dioksida

-Nitrogen dioksida

-Karbon monoksida

-Benzene

-Toluene

Sebatian kimia ini boleh menyebabkan penyakit pernafasan dan kanser walaupun dalam jumlah yang kecil, kata Peter. Zarah kecil kurang daripada 0.1 mikrometer dari pelepasan bahan api diesel juga amat berbahaya kepada kita kerana ia mudah masuk ke dalam paru-paru kita sewaktu peredaran pernafasan.

 

Sumber: Telegraph

Sungguhpun perkara ini boleh terjadi, tidak bermakna anda harus berhenti bersenam sama sekali jika anda tinggal di kawasan bandar. Anda boleh memilih laluan yang tenang atau berkunjung dengan mana-mana kawasan rekreasi yang berhampiran. Sebagai alternatif, anda boleh bersenam pada awal pagi sebelum terdapat banyak kereta yang digunakan.

Kita hanya berdoa semoga wanita ini bebas daripada kanser paru-paru.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds