Baru-baru ini Datuk Dr. Norhizan, selaku Pengarah Kesihatan Kedah berkata terdapat 10 kes keracunan makanan yang telah dilaporkan di negeri berkenaan, manakala sembilan kes, termasuk dua kematian, dilaporkan di Perak. Kemudian meningkat kepada 61 kes, 14 daripada kes terbabit dilaporkan di Kedah, tujuh di Perak dan 21 kes di Selangor.
Kredit: Kosmo
“Beberapa sampel klinikal, sampel makanan dan persekitaran sudah diambil untuk ujian makmal serta sedang menunggu keputusan.
“Orang ramai diminta tidak bimbang kerana kes itu adalah terkawal dan mereka disarankan sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih,” kata Datuk Dr. Norhizan.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail | Kredit: Berita Harian
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes keracunan makanan meningkat kepada 80 kes selepas 19 kes baharu direkodkan sehingga kini.
Daripada jumlah kes baharu, satu kes dilaporkan di Kedah, 15 di Perak dan tiga kes di Selangor. Sebanyak sembilan pesakit masih dirawat di hospital dan kesemuanya dilaporkan dalam keadaan stabil, katanya.
“Jumlah kematian kekal kepada dua orang. Dengan pertambahan kes baharu ini, Perak mencatat kes tertinggi dengan 31 kes, termasuk dua kematian, diikuti Kedah mencatatkan 25 kes dan Selangor sebanyak 24 kes,” tambahnya.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. | Kredit: theSundaily
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah sudah menjalankan pemeriksaan yang terperinci terhadap premis terbabit. Pihak mereka juga mendapati ramuan laksa yang dijual tiada kaitan dengan ‘Iceberg Lettuce’.
“Kita masih menunggu keputusan daripada sampel makanan yang sudah dihantar ke makmal untuk analisa. Selain itu, sampel najis daripada dua kes keracunan makanan di Baling adalah positif Salmonella spp,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala keracunan makanan. Tatacara keselamatan makanan dititikberatkan oleh semua pengendali makanan dan orang awam. Makanan mesti dimakan tidak lebih daripada empat jam selepas penyediaannya dan ia hendaklah disimpan dalam suhu yang sesuai dan dipanaskan dengan suhu yang mencukupi bagi mengelakkan keracunan makanan.
Pilih premis makanan yang bersih serta mengamalkan konsep lihat, hidu dan rasa sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan basi. Amalkan kebersihan diri dan membasuh tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.
Beliau berkata, setakat ini sebanyak 10 sampel makanan telah dihantar ke makmal untuk ujian termasuk empat sampel mi laksa, empat sampel kuah laksa dan dua sampel bahan campuran salad untuk laksa.
Sumber: Bernama
Maybe you're interested :
- Pakar bedah plastik bertarung dengan penyakit selama 33 tahun, ‘Falun Dafa telah menyihatkan saya’
- Guru Malaysia dari Johor Bahru disenarai pendek bagi anugerah ‘Varkey Foundation Global Teacher Prize’ edisi 2019
- 8 jenis kombinasi makanan yang membuatkan anda kekal langsing walaupun makan dengan banyak