Tahukah anda bahawa jika anda mempunyai penyakit kronik seperti gangguan tiroid, penyakit hati atau diabetes, anda mungkin akan mengalami tekanan fizikal yang secara langsung akan menjejaskan fungsi tubuh termasuklah kesuburan.

Dalam erti kata lain, penyakit kronik ini mampu menyebabkan keadaan tubuh seseorang khususnya wanita menjadi buruk dan sukar untuk hamil.

Kredit: Kresser Institute

Terdapat tiga jenis gangguan tiroid yang perlu anda ketahui:

  1. Fasa luteal – Satu keadaan apabila telur yang disenyawakan tidak dapat diimplan dengan selamat dan akhirnya meninggalkan tubuh semasa haid berlaku
  2. Tahap prolaktin tinggi – Peningkatan Hormon Pembebasan Tiroid dan pengurangan tahap Thyroxine-T4 yang akan mengakibatkan masalah kesuburan
  3. Ketidakseimbangan hormon – mengurangkan hormon seks yang mengikat globulin (SHBG), dominasi estrogen, pengurangan progesteron yang akhirnya mengganggu gugat keseimbangan hormon pembiakan

Selain tiroid, penyakit berkaitan buah pinggang dan hati yang kronik juga boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang. Hal ini demikian kerana penyakit ini boleh menyebabkan gangguan pada fungsi kelenjar pituitari yang menjadi stor penyimpanan pelbagai hormon lain.

Kredit: Medical News Today

Justeru, hormon seks dalam kalangan wanita dan juga lelaki akan terjejas dan mengakibatkan tahap kesuburan menjadi rendah.

Bagi penyakit kanser pula, rawatan yang perlu dijalani seperti kemoterapi dan radiasi akan memusnahkan ovari dan menyebabkan wanita tidak lagi boleh menghasilkan hormon wanita.

Kredit: BBC

Perkara ini mendorong kepada berlakunya menopaus di tahap awal dan tidak subur. Bagaimanapun, untuk mengelakkan masalah ketidaksuburan ini berlaku, wanita boleh membekukan telur mereka untuk disenyawakan oleh pasangan masing-masing sebelum memulakan rawatan.

Jangan khuatir jika anda mempunyai penyakit kronik dan bimbang sekiranya anda tidak akan boleh melahirkan. Ini kerana sesetengah penyakit kronik masih boleh dirawat.

Sebagai contoh, penyakit kencing manis jenis 2 seringkali dikawal dengan mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam dan menurunkan berat badan.

Kredit: Reader’s Digest

Apa-apa pun, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kesuburan untuk membincangkan mengenai kaedah-kaedah tertentu bagi menangani masalah ketidaksuburan ini.

Sumber: Hello Doktor

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds